Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Menurut Fahmi, penerbitan siri mini itu merupakan inisiatif positif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perjuangan Global Sumud Flotilla.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Komunikasi sedia bekerjasama dalam merealisasikan penerbitan siri mini televisyen berkaitan global Sumut Flotilla
00:08bagi mempeluas mesej kemanusiaan dan solidariti terhadap rakyat Palestine.
00:13Menterinya Datuk Seri Fahmi Fazil berkata usaha yang digerakkan Datuk Seri Sanya Arabi Abdul Alim
00:19bersama pasukan Sumut Nusantara itu merupakan inisiatif positif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perjuangan berkenaan.
00:27Menurutnya Kementerian akan memberikan sokongan bagi memastikan naskah perkenaan dapat diadaptasi ke dalam bentuk siri mini televisyen untuk tayangan selepas
00:37proses penerbitan selesai.
00:39Saya juga amat menyokong usaha Datuk Sani dan pasukan yang akan menerbitkan satu program, satu siri televisyen yang diberi nama
00:56Sumut Protokol.
00:56Dan kita akan bekerjasama untuk pastikan naskah dapat diterjemah menjadi sebuah mini siris dan akan ditayangkan insyaAllah setelah ia siap
01:09dilaksanakan.
01:10Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Sumut Nusantara sempena Global Sumut Kongres 2026 di Bangi
01:19Avenue Convention Center pada Selasa.
01:21Tambah Fahmi, Kementerian turut bersedia membantu mempromosikan penerbitan itu dan memperluas perbincangan mengenainya menerusi platform media sosial.

Recommended