Skip to playerSkip to main content
Pekerja yang diberhentikan akibat penstrukturan semula syarikat bagi menyesuaikan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027 boleh menuntut faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), termasuk Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sehingga enam bulan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, bantuan itu disediakan bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dan dilindungi SIP menampung kelangsungan hidup sementara mencari pekerjaan baharu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800234/berita/nasional/pekerja-terjejas-akibat-pelarasan-gaji-minimum-layak-tuntut-elaun-cari-kerja

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Gajiminumum

Category

🗞
News
Transcript
00:00Berdasarkan Belanjawan 2027 yang telahpun dibentangkan oleh Yamak Berhormat Perdana Menteri pada 9 Oktober yang lalu,
00:08kita telahpun membuat ketetapan bahawa kadar gaji minimum itu ditingkatkan daripada RM1,700 kepada RM2,000
00:17yang mana peningkatan kadar gaji minimum ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 4 juta orang pekerja.
00:26Bagi memastikan kenaikan kadar gaji minimum ini tidak membebankan perusahaan mikro, kecil ataupun sederhana, PMKS
00:38yang merangkumi 8.09 juta pekerja atau 48.7% daripada keseluruhan tenaga kerja,
00:47PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta akan dikecolikan bagi memberi ruang kepada mereka untuk penyesuaian model perniagaan.
01:00Langkah ini penting supaya kita dapat pastikan juga majikan menyusun semula kewangan mereka
01:08dan juga memastikan operasi perniagaan tanpa perlu mengambil langkah drastik termasuk pemberhentian pekerja.
01:16Penguatkuasaan terhadap perintah gaji minimum baharu oleh Jabatan Tenaga Kerja Semelayu Malaysia,
01:24lepas itu JTK Sabah dan juga JTK Sarawak akan dibuat selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.
01:33dan sekiranya berlaku ketidakpatuhan, pekerja boleh memfailkan aduan ataupun mana-mana majikan yang ingkar
01:42boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti yang termaktuk dalam Akta 732.
01:49Sekiranya penyesuaian kadar gaji minimum tersebut menyebabkan penstrukturan semula syarikat
01:55sehingga berlaku contohnya perbentian pekerja, pekerja yang terjejas dan dilindungi oleh sistem insurans pekerjaan ataupun SIP
02:06adalah layak untuk menuntut faedah SIP termasuk allowance mencari pekerjaan
02:11yang mana untuk menampung kelangsungan hidup mereka sehingga 6 bulan.

Recommended