Skip to playerSkip to main content
Susulan tragedi kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal di sebuah sekolah di Yong Peng, persoalan keselamatan murid kembali menjadi perhatian. #AgendaAwani meneliti sejauh mana sekolah benar-benar selamat, serta apa yang perlu diperbaiki untuk melindungi murid.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Yang juga berdepan dengan insiden yang serupa di sekolah beliau dan kini kembali timbulnya debat dalam kalangan ibu bapa, dalam
00:38kalangan rakyat secara keseluruhannya.
00:40Adakah sekolah di Malaysia semakin tidak selamat?
00:43Itu fokus kita pada hari ini bagaimana kita menjadikan sekolah itu satu tempat yang selamat untuk anak-anak kita.
00:51Untuk membincangkan perkara ini, bersama saya adalah dua tetamu yang punya banyak pengalaman dalam hal pendidikan dan juga persekolahan sudah
00:57tentu.
00:58Prof. Datin Mariani Maknur adalah pakar psikologi kanak-kanak dan juga Naib Chancellor Segi Universiti dan Dr. Anwar Ahmad adalah
01:04timbalan pengarah minda di Universiti Kebangsaan Malaysia atau UKM.
01:08Terima kasih Prof. Datin dan juga Dr. menyertai kami pada hari ini.
01:12Kita tak mempunyai banyak masa. Saya nak teruskan saja dengan Dr. Anwar.
01:15Saya nak mulakan dengan soalan yang umum iaitu apa takrifan sekolah selamat?
01:24Adakah ia sekadar kawalan fizikal tapi adakah ia juga merangkumi keselamatan psikologi?
01:30Adakah ia lebih juga berbanding kepada mencegah daripada mengubati?
01:35Atau apa, Dr.?
01:36Baik, terima kasih Dr. Anwar Ahmad.
01:38Yang pertama sekali memang kita selalu mendengar istilah digunakan, istilah sekolah selamat.
01:43Dan sebenarnya banyak definisi yang diberikan oleh pakar-pakar dan juga badan-badan dunia berkaitan dengan sekolah selamat.
01:52Tapi secara ringkat atau cara mudahnya sekolah selamat itu mesti merangkumi sekolah-kolahnya dua perkara lah.
01:57Yang pertama berkaitan dengan fizikal, yang keduanya berkaitan dengan psikologi termasuk di dalamnya isu-isu cyber security, keselamatan cyber dan
02:06sebagainya.
02:06Tapi pada saya kalau kita boleh menjelaskan kepada masyarakat bahawa apabila kita cakap tentang sekolah selamat
02:13sama secara fizikal ataupun secara psikologi, ia mesti mempunyai kayu ukur-kayu ukur yang boleh kita kenal pasti
02:21adakah elemen-elemen keselamatan sekolah itu telah dipenuhi.
02:26Sebab itu kalau kita lihat KPM memang mempunyai garis panduan berkaitan dengan sekolah selamat.
02:32Tebal dokumen dia kalau kita baca lebih 300 muka suat.
02:37Berkaitan dengan dokumen ini menjelaskan bagaimana untuk yang pertama takrifat sekolah selamat
02:43yang kedua adalah tentang elemen-elemen keselamatan yang mesti diberi perhatian oleh pihak sekolah, ibu apa
02:48malah kontraktor-kontraktor yang berusaha dengan sekolah dan sebagainya.
02:53Jadi pada saya, di Malaysia ini kita memang sudah mempunyai konsep ataupun definisi yang jelas
03:01tentang sekolah selamat yang telah ditarifkan oleh KPM.
03:05Tapi cara umumnya boleh saya sebut sekolah selamat itu mesti meliputi soal-soal fizikal sekolah,
03:12bangunan sekolah, keadaan persekitaran sekolah.
03:15Yang keduanya adalah berkaitan dengan psikologi di mana anak-anak adakah anak-anak rasa selamat
03:21untuk berada dalam persekitaran sekolah.
03:23Kadang-kadang sekolah kita cantik.
03:24Kadang-kadang fizikal sekolah kita begitu hebat.
03:27Tapi kalau anak-anak tak berani untuk misalnya membuat aduan tentang buli,
03:32dia takut kalau dia mengadu akan menjadi ancaman kepada mereka sekolah itu,
03:38walaupun secara fizikalnya nampak cantik, nampak hebat.
03:40Tetapi secara psikologinya, sekolah itu masih lagi tidak selamat.
03:45Ataupun budaya di sekolah itu, budaya mengejek, budaya menghina,
03:49budaya membezakan pelajar, diskriminasi pelajar dan sebagainya itu masih wujud,
03:55maka sekolah itu juga dianggap sebagai sekolah tak selamat.
03:57Jadi banyak ciri-ciri yang boleh kita bincangkan tentang apakah sekolah selamat
04:02tapi cara umumnya dia mesti memperlui keperluan fizikal dan juga keperluan psikologi.
04:08Doktor, keperluan psikologi itu sangat menarik kerana saya ingin beralih ke Prof. Marani.
04:13Satu lagi aspek elemen psikologi adalah kesihatan mental anak-anak murid kita.
04:19Kalau kita lihat kes Irene Sofia, walaupun setakat rakaman ini belum lagi dapat banyak maklumat
04:26dan siasatan masa lagi berjalan, kita hormati proses itu.
04:28Tetapi ada tanda-tanda bahawa pesalah itu mungkin mengalami masalah psikologi
04:34atau tekanan mental. Sekali lagi, belum disahkan tetapi tidak mustahil.
04:38Kita juga ada kes-kes seperti kes tikaman di SMK Bandar Utama.
04:45Adakah penjagaan keselamatan sekolah sekarang perlu bersifat lebih proaktif
04:50dan dengan itu perlu juga mengambil kira kesihatan mental murid-murid
04:53untuk mengelakkan murid-murid sendiri melakukan perkara-perkara ini
04:57terhadap rakan-rakan sekolah mereka?
04:59Okey, tadi apa yang Dr. Anwar sebut tadi itu memang 100% betul.
05:04Tapi kalau apa yang disoalkan oleh Luqman tadi itu,
05:07kalau kita lihat beberapa kes yang dah berlangsung,
05:11malah Luqman dengan Dr. Anwar tak sampai satu minggu kita telah menghadapi situasi kematian di sekolah.
05:18Jadi kalau kita kata sekolah selamat ini, kita perlu melihat apa yang Dr. Anwar sebut tadi
05:23ialah infrastrukturnya. Infrastrukturnya dengan CCTV-nya, dengan pengawal keselamatan-nya ada
05:31bagai-bagai. Tetapi kita perlu tahu juga bahawa yang kita sebut tadi dan Dr. Anwar juga ada sebut
05:37iaitu keselamatan psikologi. Di sini bila kita sebut keselamatan psikologi ini,
05:42kita tidak mahu nanti apabila berlaku sahaja pembunuhan kecil begini di sekolah,
05:49kita kata ok, yang melakukannya menghadapi masalah mental.
05:53Sebenarnya itu bukan kita terus boleh terus memberi kesimpulan masalah mental.
05:59Dia lebih kepada kesihatan mental kanak-kanak di sekolah itu.
06:02Sebab itu kalau kita kata sekolah selamat, dia lebih kepada bagaimana seorang murid itu
06:07merasa selamat di sekolah. Mereka merasa, mereka tidak takut datang ke sekolah.
06:13Mereka tidak takut dihina ataupun diganggu kerana mempercayai.
06:16ada orang dewasa di sekolah yang boleh mempercayainya dan membantunya
06:21secara lebih baik dan juga secara lebih memberansangkan supaya mereka terus
06:28merasa diri mereka selamat. Baik, kita tahu bahawa yang berada di sekolah itu
06:33adalah kumpulan remaja. Kumpulan remaja ini adalah transisi daripada kanak-kanak
06:38hingga peringkat dewasa. Jadi di sinilah juga mereka mahu menunjukkan bahawa
06:42akulah paling hebat. Contohnya kalau berlaku kes contohnya berlaku kekecewaan
06:46maka dirasakan bahawa oh ini tak boleh jadi. Aku mesti tunjukkan bahawa
06:50akulah yang paling hebat. Inilah teman wanita aku yang paling cantik dan sebagainya.
06:55Tidak ada orang yang boleh usik dan sebagainya. Tetapi kalau kita lihat
06:58bukan setakat itu saja. Di sekolah mereka perlu melakukan beberapa aktiviti.
07:03mereka perlu belajar. Mereka perlu buat homework. Mereka perlu memahami
07:09subjek-subjek di sekolah kerana di sekolah pastinya ada peperiksaan dan
07:14pastinya ini semua adalah peluang mereka untuk menunjukkan bahawa
07:18akulah jago. Akulah yang paling pijak dan sebagainya. Apabila apa yang
07:22diceritakan dan diinginkan itu tidak tercapai. Maka akan berlaku kekecewaan
07:29di situ dan di sini lah kita kata stres. Tadi saya memang saya
07:34masih ingat lagi Dr. Anwar kata kita tak nak anak murid itu stres
07:38tetapi secara tidak langsung kadang-kadang perkara yang berlaku
07:42itu adalah menyebabkan mereka stres kerana di sini kita tak nak
07:47salahkan sesiapa. Tetapi semua pihak harus bekerjasama. Tadi Dr. Anwar
07:52kita kata berapa ratus muka surat buku polisi selamat. Saya terlibat
07:58polisi selamat itu awal tahun ini dan memang banyak perkara
08:03perlu dibuat. Kita tidak mahu polisi selamat itu hanya sekadar
08:08prosedur. Tetapi pemantauannya, penguatkuasaannya tidak berlangsung
08:13dengan baik. Kita tidak mahu prosedur itu perfect, sempurna. Tetapi kita
08:19tidak mahu juga ada sifar penguatkuasaan dan sifar
08:24pemantauan. Di sinilah peranan-peranan komuniti sekolah itu
08:28perlu lakukan.
08:31Prof dan Dr. kalau kita lihat kebanyakan kes-kes yang melibatkan
08:34keselamatan murid di sekolah sejak mungkin berapa setahun, dua
08:38tahun yang lepas. Banyak daripadanya adalah melibatkan pesalah
08:43dalam kalangan murid itu sendiri juga dan mangsa juga adalah
08:46murid. Jadi kalau kita bercakap dengan kawalan keselamatan
08:50fizikal seperti CCTV, penjaga keselamatan dan sebagainya. Sudah tentu
08:54itu kita alu-alukan sekiranya ia ditambah lagi kekerapan, ditambah
08:57kuantiti dan sebagainya. Tetapi melihat kepada dinamika
09:01masalah ini iaitu kebanyakan offender adalah murid-murid itu
09:05sendiri. Dr. Anwar adakah adil untuk kita cakap bahawa kita
09:11melihat sekarang ini ancaman keselamatan murid di sekolah
09:14ini mungkin sedikit salah atau sedikit terpesong kerana kita
09:18banyak lebih kepada setiap yang disebut tadi, premis fizikal kerana
09:20CCTV dan sebagainya. Tetapi kalau kita bercakap dengan anak
09:23nak proaktif dan nak membantas dari akar, kesihatan mental
09:28murid-murid itu mungkin lebih penting kerana mereka yang
09:31seringkali menjadi pesalah yang menyebabkan insiden-insiden
09:34seperti ini. Ya, kalau kita mengambil amalan sebelum ini, kita
09:41memang selalu melihat bahawa ancaman tentang keselamatan
09:45sekolah itu datang dari luar. Sama ada orang yang menceroboh
09:48masuk kawasan sekolah ataupun orang dewasa yang masuk ataupun
09:51pihak-pihak yang tidak ada urusan dengan dengan sekolah
09:55yang menyebabkan sistem pertahanan ataupun sistem keselamatan
09:59kita itu memang terfokus kepada bagaimana untuk mengukang
10:02daripada arasi luar ataupun pihak luar yang masuk. Tetapi betul
10:06seperti yang Lohman kata, dalam peringkat-peringkat yang akhir
10:09ini kita dapati tren itu menunjukkan bahawa perilaku-perilaku
10:13kepada kesalahan itu yang menggugat keselamatan itu datang
10:16daripada lalap. Yang mungkin sebelum ini mungkin bukan kita
10:20tidak memberi perhatian tetapi kita menganggap benda itu
10:24tidak berlaku dalam konteks pemikiran kita kalau kita gunakan
10:29kerangka lama. Sebab itu saya sentiasa menegaskan bahawa
10:35kedua-dua perkara ini mesti diberi badan tanpa meninggalkan
10:39bahawa ancaman keselamatan dari luar itu juga harus diberi
10:42perhatian soal misalnya bagaimana bas sekolah mesti selamat,
10:46kawasan parking di luar kawasan sekolah mesti selamat,
10:50sistem apa jalan raya di depan sekolah juga mesti selamat.
10:53Tetapi soal-soal di dalam sekolah ini saya rasa perlu diberikan
10:57perhatian yang jauh lebih penting sekarang. Mengapa keadaan ini
11:01berlaku Eman? Kita lihat apa yang berlaku adalah kerana satu
11:07yang selalu disebut oleh kajian-kajian lah kalau kita tengok
11:11ada banyak kajian yang mengisahkan bahawa perilaku-perilaku
11:15anak-anak kita pada waktu ini secara langsung memang berubah
11:20kerana pengalaman, pemeranian maklumat, cara mereka akses
11:26pada maklumat-maklumat yang tidak lagi seperti zaman mungkin
11:29saya, zaman prof dahulu. Kita dulu terikat, terhad maklumat.
11:34Jadi perilaku kita itu lebih cenderung kepada apa yang itu saja
11:38yang kita tahu. Pergi sekolah balik sekolah mungkin eh.
11:40Tapi hari ini kalau kita lihat anak-anak kita pergi sekolah
11:43daripada sekolah nak balik rumah itu dia akan jumpa macam-macam
11:46cyber cafe, dia akan jumpa macam-macam kedai dan sebagainya.
11:50Bermaksud bahawa anak-anak kita sekarang ini berbeza
11:55pemikiran mereka, cara mereka berfikir, cara mereka bertinggal
11:58laku itu berbeza. Sebab itu yang penting pada saya Eman dalam
12:02kes ini adalah soal-soal keselamatan di dalam kampus, di dalam
12:07persekitaran seorang itu mesti diberi kembali. Adakah KPM telah
12:10melakukannya? Jawapannya ya. KPM telah mengelakkan garis
12:13panduan. Saya dah baca garis panduan itu sepenuhnya dan saya
12:17melihat semua keperluan-keperluan telah dimaklumkan. Tapi
12:20seperti yang prof sebut tadi, soal di atas kertas satu soal yang
12:24baik yang telah kita usahakan. Tetapi apakah pelaksanaan juga
12:28telah kita lakukan dengan berkesan? Jadi soal bukan sekadar
12:33sekadar kita telah mempunyai dokumen tetapi bagaimana
12:37pelaksanaan di sekolah. Saya bagi contoh. Misalnya kita di sekolah
12:41setiap sekolah disarankan supaya kawasan-kawasan yang dianggap
12:45berisiko untuk berlakunya buli, berlakunya soal-soal keselamatan
12:52ini didaftarkan. Maksudnya setiap sekolah ada kawasan yang kita
12:57panggil kawasan sport-spot yang yang bahayalah ataupun berisiko
13:02kawasan misalnya di belakang belakang makmunan ataupun di mana-mana
13:07ruang yang boleh mencetuskan peluang untuk buli berlaku
13:10misalnya. Jadi kawasan ini mesti didaftarkan. Sekolah memang ada
13:14senarai itu tetapi adakah senarai itu di audit pada setiap
13:18tahun? Adakah telah ditambah baik setiap tahun? Misalnya katalah
13:22kawasan itu kawasan yang agak gelap, agak sunyi. Adakah kawasan itu
13:27telah dilengkapi dengan lampu? Adakah kawasan itu telah
13:30diletakkan CCTV? Adakah kawasan itu telah di ada jadual
13:34lawatan ataupun rondaan oleh bahagian keselamatan misalnya. Jadi
13:41saya rasa senarai dah ada mesti juga ada audit yang mengesahkan
13:47bahawa tindakan-tindakan telah diambil untuk memastikan kawasan-kawasan
13:51itu berada di dalam keadaan yang selamat. Saya rasa ini keperbincangan
13:57kita ini menjurus kepada bukan lagi soal dasar, bukan lagi soal
14:03polisi, bukan lagi soal yang yang besar-besar tetapi soal
14:07pelaksanaan. Ada sekolah yang saya lihat sangat mementingkan soal
14:11pelaksanaan keselamatan. Pengetua dia itu masuk sekolah
14:15perkara pertama yang dia akan cakap lah tentang soal keselamatan
14:18sekolah. Tapi saya tahu ada juga sekolah-sekolah mungkin
14:21menganggap tidak mungkin berlaku keadaan itu mungkin tidak
14:24tidak apalah dan sebagainya. Yang saya rasa inilah perkara yang
14:27mesti diberikan perhatian oleh pihak sekolah sebagai
14:30pelaksanaan. Dan saya nak tambah sikit lagi seraluman berkaitan
14:34dengan perkara ini. Ibu apa? Saya cenderung kalau kita baca
14:39banyak teori ke ataupun kajian ke berkaitan dengan sekolah ini
14:44kita dapati kajian secara keseluruhan mengesahkan bahawa
14:50mana-mana sekolah yang hubungan sekolah dengan ibu apa mempunyai
14:54hubungan yang tinggi, yang rapat, dia sangat menentukan sekolah itu
15:01sekolah yang baik, selamat, berkualiti. Itu tren yang jelas lah pada
15:06kita yang kaji berikan ini. Kalau sekolah itu hubungan antara sekolah
15:10dengan ibu apa yang rapat, selalu bertukar pandangan, mempunyai
15:14kerjasama yang erat, selalu tegur-menegur, selalu ingat-mengingat,
15:18mempunyai program-program yang baik. Biasanya sekolah itu berada dalam
15:22keadaan situasi yang lebih baik. Kualiti pendidikan yang lebih baik,
15:26pencapaian anak-anak lebih baik, disiplin anak-anak lebih baik dan
15:30apa sekolah itu pun biasanya akan mendapat sokongan kewangan, sokongan
15:38moral, sokongan daripada ibu apa. Jadi saya rasa persekitaran ini
15:42yang menunjukkan pada saya perkara yang perlu kita tambah baik
15:45adalah hubungan ibu apa dengan
16:03Banyak ingin kita kupas di situ. Sekali lagi, sudah tentu perubahan ataupun
16:08penambahbaikan kepada infrastruktur dan SOP keselamatan fizikal itu adalah baik
16:13yang kita amat alu-alukan. Tetapi kalau kita melihat sekali lagi untuk
16:18kita ulang premisnya bahawa kebanyakan atau banyak trend kes-kes dan
16:24insiden-insiden sebegini di sekolah ini melibatkan pesalah juga dalam
16:27kalangan murid. Cabaran itu ataupun ancaman itu seperti yang doktor sebut
16:30tadi dari dalam dan bukan dari luar kebanyakannya. Jadi, Prof, adakah kita
16:36sekarang ini kalau kita nak pergi dengan lebih mendalam, sebenarnya kita
16:39sebenarnya bercakap dengan isu kesihatan mental murid-murid dan bukan
16:43keselamatan fizikal sangat walaupun itu penting. Tetapi kita ingin
16:47membantras isu itu daripada akar. Apa yang kita perlu lakukan dengan lebih
16:52baik untuk memastikan tanda-tanda awal pelajar itu terganggu dari segi mental
16:58atau tanda awal dia mungkin boleh menjadi pembuli dan sebagainya. Dapat kita
17:04kenal pasti di bahagian pesalah dan di bahagian mangsa. Sekiranya mereka rasa
17:08mungkin mereka diganggu, harass, stop dan sebagainya. Sebelum insiden itu
17:13terjadi, mereka tidak malu dan mudah untuk ke depan untuk mengadu dan mendapat
17:19mungkin perlindungan sewajarnya sebelum sesuatu malapetaka itu berlaku.
17:24Baik, kalau kita lihat Luqman ya di sekolah-sekolah, kita tahu bahawa semua guru
17:30itu telah diberikan latihan yang cukup baik terutama dan salah satu subjek
17:35yang kita memang sentiasa ajar di peringkat universiti ialah psikologi
17:39perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Dan kita tahu bahawa kanak-kanak ini
17:43adalah sehingga usia 18 tahun. Jadi di sini maksudnya setiap guru itu
17:48telah terlatih untuk mengenal pasti apa sahaja perubahan yang berlaku.
17:53Kalau anak-anak ini dikatakan melalui kesihatan mental yang agak
17:57terjejas akan berlaku perubahan. Jadi sebagai seorang guru yang lama
18:03bersama dengan anak murid terutama di sekolah hampir dalam lebih daripada
18:088-9 jam. Saya pasti mereka telah mengenal pasti anak-anak ini sama
18:13seperti bagaimana kita mengenal anak-anak kita. Dan kita tahu perubahan
18:17dan perbezaannya daripada seorang yang extrovert kepada seorang yang sangat
18:21introvert dan daripada seorang yang aktif kepada seorang yang pasif
18:25ataupun mereka sering menyendiri. Apabila menyendiri maka pihak-pihak
18:29guru ataupun pengetuk ataupun guru penolong kanan dan sebagainya
18:33ataupun warden-warden di sekolah perlu mengambil tindakan untuk
18:37memastikan apa hakikatnya sebenarnya yang berlaku kepada diri seorang
18:42murid yang telah melalui perubahan tingkah laku, perubahan sikap
18:45dan sebagainya kerana ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Seperti yang
18:50saya sebut tadi, mereka melalui zaman perubahan psikologi iaitu nak masuk
18:54dalam zaman dewasa. Jadi mereka memerlukan pasangan. Biasalah ya
18:58kalau remaja ini mereka memerlukan dikatakan mereka berminat dengan
19:03lawan jantina, mereka suka berdua-doa atau mereka suka berkumpulan. Jadi
19:08kalau ada sesuatu masalah yang berlaku, mereka kemungkinan tidak akan
19:12memaklumkan kepada guru jika tidak ada kita katakan interaksi dan hubungan
19:18dua hala antara murid dengan guru itu. Tak kiralah sama ada dia guru
19:23disiplin ataupun guru kaunselor. Luqman, kita tahu di sekolah kita ada guru
19:26bimbingan dan kaunseli. Jadi guru bimbingan dan kaunseli itu perlu
19:30memainkan peranan yang penting. Malah saya lihat dalam TikTok, satu sekolah yang
19:35mana seorang pengetuanya begitu akrab sekali setiap pagi anak murid itu
19:41mesti dipeluk, mesti ditanya kabar dan sebagainya. Jadi disinilah datangnya
19:47kita katakan keakraban itu dan mereka merasa diri mereka selamat. Dan apabila
19:51satu-satu perkara yang mereka rasa perlu dimaklumkan kepada mereka yang
19:57dipercayai maka pastinya pengetua ini ataupun pengawal keselamatan itu
20:02sendiri ataupun guru kaunselor ataupun mungkin guru-guru yang lain yang
20:06mengajar subjek-subjek. Jadi jika berlaku perubahan itu perlu dikesan
20:11perlu dikenalkan pasti masalahnya sebab tadi seperti yang kita bincang tadi
20:16kita bincang bahawa kita kita tahu infrastruktur sekolah itu telah selamat
20:20kita dah ada prosedural itu. Tetapi intrapersonal maksudnya dalaman
20:26anak murid itu perlu kita fahami, perlu kita hayati kenapa apa yang berlaku
20:32dan sebagainya. Dan terutama kalau sekolah itu melibatkan kita
20:36kata murid-murid lelaki dan juga murid-murid perempuan. Jadi kita
20:41tidak mahu nanti apabila masalah yang berlaku dalam kalangan murid-murid
20:45itu akan meninggalkan kesan akhirnya menjejaskan kesihatan mental dan
20:51apabila keadaan tidak boleh dikawal ikut perasaan bukan ikut
20:55rasional dan tadi Dr. Anwar dia sebut ya sekarang ni mereka bukan balik
20:59terus ke rumah. Kadang-kadang mereka sebelum balik pun mereka
21:02mereka boleh melayari lagi lama-lama media sosial yang mana itu
21:08sedikit sebanyak boleh memberikan input kepada apa tindakan aku yang
21:13seterusnya. Prof maaf kalau aku cakap dengan sokongan psikosocial dan
21:18kaunselor itu antara satu pada saya barisan pertama pertahanan yang
21:21penting. Tapi apa realitinya hari ini Prof di sekolah-sekolah awam khasnya
21:27apa nisbahnya adakah kita melihat kepada nisbah seorang kaunselor kepada
21:31lima puluh orang murid atau seorang kepada seratus orang murid. Apa
21:34average dan peratanya Prof? Dia dia kalau kita lihat ini ada beberapa
21:38sekolah yang kami telah lawati itu kadang-kadang sekolah itu mempunyai
21:42dalam lebih kurang dua ratus pelajar tetapi guru kaunselor ini hanya ada
21:46tiga orang sahaja. Tetapi adakah ini memadai. Jadi nisbah guru kaunselor
21:51dengan anak murid itu haruslah sesuai supaya seorang kaunselor itu
21:55betul Dr. Anwar kan supaya seorang kaunselor itu sendiri dapat menjaga
22:01mengawal ataupun memastikan kebajikan murid-murid sekolah itu bukan
22:07saja daripada aspek fizikal tetapi yang paling penting adalah aspek
22:11mentaliti mereka. Aspek emosi mereka kerana kita ini manusia apabila
22:15emosi terluka ya apabila mental itu tidak stabil lagi maka tindakan mereka
22:22tidak akan berlaku di bawah keadaan sedar. Dia akan berlaku di bawah
22:26separa sedar. Maksudnya dia tahu bahawa perbuatan itu salah tetapi nak tak
22:31nak dia perlu lakukannya kerana disebabkan oleh mengikut perasaan
22:35mengikut emosi dan bukan mengikut rasional pemikiran yang sebenarnya.
22:40Baik. Doktor, seminit lagi berbaki secara ringkas doktor. Apa yang kita boleh
22:45lakukan secara realistik untuk memastikan kejadian ini tidak lagi berulang
22:48dari segi fizikal infrastruktur, dari segi kesokongan mental, dari segi
22:54pihak guru dan juga ibu bapa secara keseluruhannya juga kerajaan.
22:57Doktor.
22:58Yang pertama sekali, Surah Rukman, saya rasa perkara ini banyak terkait dengan
23:04kesihatan mental. Saya setuju dengan Prof kita dengan isu ini. It's an issue
23:08physical. Kita boleh sediakan CCTV yang banyak tapi still dia akan menjadi
23:13satu isu juga kalau kesihatan mental anak-anak kita tidak diurus dengan baik.
23:16Sebab itu kalau kita lihat dalam konteks negara kita, sekolah-sekolah kita
23:20masih kekurangan kaunselor. Kaunselor ni, kita punya amalan kaunseling ni adalah
23:25biasanya amalan kita adalah selepas berlaku sesuatu perkara kita, anak kita
23:30dikaunselingkan, murid kita dikaunselingkan. Kita biasa tidak mengambil langkah
23:34proaktif kepada usaha untuk meningkatkan kesihatan mental. Bila ada masalah
23:40baru kita kaunseling. Itu amalan kita dahulu. Tetapi amalan yang sepatutnya kita
23:44amalkan sekarang ni adalah kita kena lebih ramaikan kaunselor. Kalau kita
23:50lihat dari segi piawaian antarabangsa, satu kaunselor untuk pelajar sekolah, satu
23:56kaunselor maksimum murid adalah 250. Itu maksimum. Tapi di sekolah kita ada yang
24:02kita pergi seada seribu orang pelajar, cuma ada dua kaunselor misalnya. Jadi
24:07dua kaunselor untuk menguruskan seribu pelajar ni adalah perkara yang sangat
24:11suka. Sebab kaunseling bukan hanya mengambil tindakan segera. Dia ada
24:15satu proses yang berterusan mendengar, membina kepercayaan. Proses ni memakan
24:21masa. Jadi kita perlukan kaunselor yang lebih ramai. Bukan untuk kaunseling
24:27selepas peristiwa. Tetapi bagaimana untuk meningkatkan kesihatan mental
24:31anak-anak kita supaya mereka sihat, mereka positif, mereka suka datang ke
24:35sekolah, mereka rasa selamat. Dan ini peranan yang besar yang harus dimainkan oleh
24:40kaunselor. Tindakan yang kita boleh buat segera yang pada pandangan saya
24:43lah melibatkan lebih ramai guru yang mempunyai asas-asas kaunseling lah.
24:48Kalaupun kita tidak boleh menggajikan ataupun mengambil kaunselor-kaunselor
24:51baru, saya harap KPM dapat meningkatkan kesedaran, pengetahuan,
24:58kemahiran guru-guru untuk menjadi mereka yang boleh membantu murid-murid.
25:06bukan sebagai kaunselor tapi sebagai orang yang boleh membantu kaunselor
25:10di dalam membantu kesihatan murid-murid. Itu yang paling penting lah
25:13dan yang keduanya dalam masa ini adalah ibu bapa. Saya rasa perkara yang
25:19harus kita lihat semula adalah peranan PIBG. Saya rasa PIBG yang ada pada hari ini
25:24sebenarnya warisan dia pada tahun 70-an, 80-an. Saya tak lihat PIBG kita
25:30banyak berubah lah. Tapi saya rasa pada masa depan dalam cabaran yang berbeza ini
25:35cabaran yang begitu mendesak ini, saya rasa KPM kena berduduk dengan PIBG,
25:40merangka dasar dan mempunyai satu wajah PIBG yang baru. Bukan hanya sekadar
25:46datang, mesyuarat begitu saja. Tapi sama-sama terlibat dengan usaha kita
25:50untuk meningkatkan kesihatan mental anak-anak kita. Saya rasa penglibatan ibu bapa,
25:55penglibatan guru, sekolah akan lebih baik untuk anak-anak kita bagi
26:00memastikan kesihatan mental mereka sentiasa keadaan yang baik.
26:02Baik, terima kasih. Doktor dan juga Prof, kita harap semua langkah
26:06realistik akan diambil sebaik mungkin untuk memastikan tidak ada lagi
26:10nyawa yang tidak bersalah melayang dan kita boleh memastikan
26:15sekolah menjadi tempat selamat untuk anak-anak kita dari semua
26:18peringkat umum. Terima kasih. Doktor Anwar Ahmad Timbalan, pengarah
26:22Minda UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Profesor Datik
26:25Mariani Makno, Pakat Psikologi Kanak-Kanak dan Knight Chancellor
26:28saya pergi Universiti dan sudah tentu semua liputan berkaitan dengan
26:31hal ini dan juga analisis serta kupasan anda boleh dapati
26:33sepanjang hari dan setiap hari di Astro Awad.
26:36Terima kasih kerana menonton. Kita jumpa lagi.
26:38Terima kasih kerana menonton.

Recommended