00:28PEMBICARA 1
00:30Dalam membentuk kerjasama yang lebih pragmatik dalam menghadapi landscape politik yang dilihat semakin kompleks dan persoalannya adakah PRN Melaka sedang
00:40menyaksikan percaturan jangka pendek untuk meraih kemenangan pilihan raya atau sebenarnya menjadi ujian litmus yang bakal menentukan bentuk penjajaran kuasa,
00:52keseimbangan pengaruh politik dan formula gabungan yang berpotensi mencorak medan pertandingan menjelang PRU.
01:27PEMBICARA 1
01:28Dan juga Dr. Abdul Aziz Azizam, Pensyarahkanan Komunikasi Liberal, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UITM. Assalamualaikum, salam sejahtera, apa khabar
01:39semuanya?
01:39Baik.
01:40Dan kita telah melalui beberapa fasa pilihan raya. Saya rasa tahun 2026 dan juga kebelakangan ini banyak pilihan raya yang
01:51rakyat Malaysia dan juga pengundi depani.
01:55Tetapi untuk kita melihat kembali bagaimana corak pengundian yang berlaku di Johor kemudian di Negeri Sembilan dan juga Melaka adalah
02:05sesuatu yang berbeza kerana geografi, landscape dan juga pegangan politik untuk parti-parti ini ataupun gabungannya adalah berbeza.
02:14Tetapi saya mulakan dengan Prof. Datuk dulu. Adakah kita dapat menyaksikan sesuatu yang berbeza dalam pilihan raya negeri Melaka kali
02:24ini?
02:24Walaupun ada yang berpandangan ia mungkin didominasi oleh parti-parti tertentu?
02:30Datuk?
02:31Ya, kita tidak boleh menjenisiasikan apa yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan boleh sama dengan di Melaka kerana faktor
02:39demografi, geografinya berbeza dan sudah pasti kita juga harus melihat apakah bentuk acuan yang mahu dicipta dalam konteks Melaka sendiri.
02:49Tetapi satu perkara yang jelas, politik sedang sibuk menyira kerusi berdasarkan kepada percaturan masing-masing sedangkan pengundi mungkin sedang menyira
03:00apa yang mahu dilakukan oleh parti-parti politik ini.
03:03Jadi dalam gelanggang pilihan raya yang semakin terbuka ini, parti-parti politik mula memperkemaskan strategi, menyusun calon, meneliti kemungkinan kerjasama.
03:13Jadi rundingan pembahagian kerusi ini barangkali menjadi antara perkara paling hangat seperti lazimnya berlaku dalam mana-mana pilihan raya di
03:23Johor dan Negeri Sembilan jelas.
03:24Masing-masing bersedia untuk berkompromi, berkorban.
03:27Ada yang melihat perlu melahirkan satu bentuk kerjasama gabungan yang longgar kemudiannya menjadi satu yang menjadi separa tetap dan di
03:39Melaka apakah akan wujud satu ketetapan baru berdasarkan kepada acuan yang berbeza.
03:45Jadi yang penting yang harus kita lihat dalam konteks di Melaka, Barisan Nasional sudah memenangi 21 kerusi daripada 28 Dewan
03:56Undangan Negeri di dalam Pilihan Raya 2021.
03:59Manakala Pakatan Harapan, 5 kerusi dan juga Perikatan Nasional, 2 kerusi kali ini.
04:04Barangkali peta politiknya berbeza apabila Melaka mungkin menjadi makmal politik untuk melihat bagaimana setiap parti gabungan mempunyai pertimbangan, mencari rakan
04:17strategik sama ada sesuatu yang bersifat mempamir keabsahan ataupun secara longgar.
04:25dan formula masing-masing itu barangkali bergantung kepada sejauh mana rundingan secara berterusan masih dilakukan.
04:32Ada yang menafikan, ada yang mengesahkan, kerjasama sudah wujud tetapi cerminan yang mahu kita lihat di sini adalah mengapakah perlu
04:43diadakan rundingan?
04:44Apakah sudah ada satu tahap kematangan baru dalam pembentukan gabungan yang kita lihat sebelum ini sama ada secara tetap ataupun
04:55longgar?
04:55dan kita juga melihat di Melaka barangkali ia boleh menjadi asas kepada rundingan yang lebih besar di peringkat nasional jika
05:08mahu dilakukan.
05:09Namun kerjasama di peringkat negeri tidak semestinya diterjemahkan secara otomatik kepada pilihan rakyat akan datang kerana jangka masanya masih panjang.
05:21Saya tertarik dengan apa yang Prof. Datuk katakan berkaitan dengan makmal politik.
05:26Kita tahu bila dalam makmal ni, dalam lab ni segala unsur itu ada dan apabila ia bergabung ia mungkin boleh
05:32meletus ataupun ia boleh digarap dengan baik dan sebagainya.
05:36Prof. Syaza, kita bercakap berkaitan dengan politik kepentingan ataupun realignment nasional apabila BN, PAS, PH bersatu dan juga beberapa pihak
05:47lain dilihat boleh
05:49secara terbuka untuk berunding. Adakah Prof. merasakan ini adalah kerjasama taktikal semata-mata bagi memenangi PRN Melaka khususnya?
06:03Firstly, saya nak kata apa yang Prof. Datuk Siva dah bagikan kepada kita tadi cukup komprehensif adalah untuk pembincangan kita
06:10hari ini.
06:10So, kita boleh tamakkanlah.
06:15Saya suka yang saya sebut tentang makmal tadi kan. Memang Melaka ni selalu disebutkan sebagai negeri di mana, semacam Prof.
06:22sebut tadi, Prof. Siva sebutkan tadi, di Johor kita ada satu formula yang berbeza.
06:26Jadi, Negeri Sembilan satu formula yang berbeza. Jadi, Melaka, kita tak pasti apa formulanya sebab tidak nampak lagi setakat hari
06:34ini apa formula yang akan diberikan oleh kedua-dua belah sama ada BN, PAS maupun Pakatan Harapan sekiranya mereka bekerjasama
06:43dengan bersatu.
06:43Jadi, saya rasa Melaka ni adalah satu, orang kata continuation di mana eksperimen ini berterusan untuk mengatakan apa strategi yang
06:53terbaik yang akan dibawa ke PRU 16.
06:57Satu benda yang kita kena ingat, PRU 16 kita tak tahu bila. Ramai yang mengatakan sekarang mungkin satu tahun daripada
07:03sekarang.
07:04It's not impossible sebab memang terma, apa, parlimen kali ni boleh berakhir sehingga awal 2028. Jadi, sekiranya kita ada satu
07:13tahun lagi untuk sampai ke PRU 16, formula ini boleh berubah lagi.
07:18Boleh, boleh menjadi satu yang berbeza lagi daripada apa yang berlaku di Melaka.
07:22Jadi, balik kepada soalan Islam tadi sama ada, ini adalah satu bentuk strategi ataupun satu idea yang akan berpanjangan seperti
07:32yang saya sebutkan yang boleh bertahan sehingga PRU 17.
07:35Saya lihat ia lebih kepada strategi di Melaka untuk ketika ini. Walaupun kita faham sebenarnya terutamanya di pihak UMNO dan
07:46PAS mereka sudah mempunyai idea ataupun apa yang mereka harapkan.
07:50satu bentuk kerjasama yang boleh dibawa ke PRU 16. Tapi, seperti yang saya sebutkan tadi, terlalu banyak unpredictability dalam masa
07:59satu tahun ini.
08:00Jadi, di Melaka ini saya rasa diorang punya, kata apa, short term gainnya adalah untuk memenangi dulu don di Melaka.
08:11Jadi, apa bentuk kerjasama yang akan berlaku di Melaka, saya rasa ia lebih pada satu bentuk strategi
08:18untuk mengurangkan pertembungan pelbagai penjuru untuk cuba mencari satu bentuk kerjasama untuk mendapat paling banyak kerusi yang boleh seterusnya membenarkan
08:28mana-mana gabungan untuk mengusai dan membentuk kerajaan di negeri Melaka. Sekiranya ia berjaya dan ia boleh bertahan, saya percaya
08:38formula itu mungkin akan dibawa
08:40ke negeri seterusnya, kemungkinan Sarawak dan seterusnya ke PRU 16. Tapi, ialah untuk sekarang ia lebih kepada memenangi Melaka dahulu.
08:50Saya betul-betul rasa macam dekat dalam makmal ni. Tadi, Prof. Datuk sebut makmal, Prof. Syazah sebut berkaitan dengan formula.
08:57Tapi, isu dan juga hal berkaitan dengan formula ni saya nak tanya kepada Dr. Aziz. Formula ni bukan baru.
09:04Tetapi, ialah kita selepas 2018, keadaan politik itu dinamikanya berbeza, naik turunnya dan juga percaturan gabungan itu menjadi semakin kuat
09:15dan dia tidak seperti tahun-tahun sebelum itu yang lebih dominan ataupun yang didominasi oleh parti-parti tertentu.
09:21Tetapi, adakah formula ini kita akhirnya dapat menjadikan ia satu formula yang betul-betul konkret?
09:30Sebab apa, Dr. Aziz? Ideologi berkaitan dengan parti ini adakah dilihat semakin kurang penting untuk...
Comments