Skip to playerSkip to main content
🌿 Hidden gem tengah Shah Alam yang ramai mungkin tak tahu!

Nak healing, jogging, jalan santai atau cari port photoshoot? Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam memang boleh masuk list. 😍

Suasana hijau, ada tasik, laluan cantik dan paling menarik… ada ‘tangga rahsia’ yang mungkin orang Shah Alam je tahu! 👀

Tak hairanlah kawasan ni juga jadi antara hotspot pasangan pengantin buat photoshoot. 📸💍

Tak perlu pergi jauh, kadang-kadang port tenang macam ni ada je dekat tengah bandar. 🍃

📍 Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam

#Libur #TamanLembahBukitSUK #ShahAlam #HiddenGemShahAlam #JomJalan
Transcript
00:00Kalau korang ingat Syah Alam cuma ada tasik dan taman bandar biasa, korang kena tengok tempat ni.
00:05Ini dia, Taman Lembah SUK Syah Alam.
00:07Satu pot hijau yang tenang dan cantik, tersembunyi di tengah kawasan bandar.
00:12Dekat sini, korang boleh jalan santai, jogging, lepak bawah pokok ataupun sekadar ambil angin sambil menikmati suasana tasik dan landscape
00:21yang menghijau.
00:22Tapi, ada satu spot menarik dekat sini yang mungkin orang Syah Alam je tau.
00:26Ada satu tangga rahsia yang membawa korang naik ke bahagian atas kawasan taman.
00:31Oh, one more thing. Jangan pelik tau kalau tengah jalan-jalan, tiba-tiba terserempak dengan pasangan berbaju pengantin.
00:36Sebab taman ni juga antara hotspot pasangan pengantin baru buat photoshoot.
00:41Dekat sini, korang nak buat BBQ pun boleh sambil layan view tasik yang sangat cantik waktu petang.
00:46Satu perkara yang Min sangat puji dekat sini, toilet dia dari luar sahaja dah nampak kemas dan bersih.
00:51Dalam lagi lah bersih sangat.
00:53Min rasa tempat ni sangat sesuai untuk korang beriada hujung minggu bersama keluarga tersayang.
00:58Dengan view yang sangat cantik dan sangat-sangat tenang, inilah dia.
01:01Taman Lembah Bukit S.U.K. Syah Alam.
Comments

Recommended