00:01Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat dan enggan meneruskan perbahasan laporan suruhan cahaya siasatan diraja atau
00:11RSI Tabung Haji selepas beliau tidak hadir pada sidang khas hari ini.
00:15Anwar dalam satu kenyataan mempersoalkan sama ada pembangkang mahu membahaskan mengenai dirinya atau isu lebih penting iaitu tabung haji sambil
00:25menyifatkan tindakan itu sebagai drama politik kerana kepentingan pendiposit Melayu Islam telah dikhianati.
00:31Beliau turut mempersoalkan sama ada Perikatan Nasional yang ditunjangi PAS tidak mengambil berat nasib golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani,
00:42guru, polis, tentera dan pesara yang penyimpan uang dalam tabung haji.
00:47Terdahulu pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat dan enggan meneruskan perbahasan laporan RSI Tabung Haji selepas Anwar tidak hadir pada sidang
00:56khas hari ini.
00:57Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata, persidangan tetap perlu diteruskan kerana beliau terikat dengan Peraturan Mesyuarat 11 Kurungan 3
01:07dan menegaskan ketiadaan Anwar tidak bermakna kerajaan tidak diwakili kerana timbalan Perdana Menteri dan Menteri lain hadir.
Comments