Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Kehadiran Presiden FIFA itu menyusul kontroversi cadangan penjualan sebahagian hak komersial masa depan Piala Dunia.
Transcript
00:00Presiden FIFA Gianni Infantino antara tetamu kenamaan yang hadir menjelang istiadat pelantikan Presiden Baharu Colombia, Abelardo de la Espriella di
00:10Cali pada Jumaat.
00:12Infantino dilihat beramah mesra dengan tetamu sebelum istiadat berlangsung.
00:17Kehadiran Infantino di Colombia sehari selepas barisan kepimpinan FIFA berhimpun di Rabat Maghrib untuk menyatakan semula sokongan terhadapnya.
00:26Dalam pertemuan itu, Badan Induk Bola Sepak Dunia berkenaan turut memohon maaf kepada 211 persatuan anggotanya atas kesilapan berhubung cadangan
00:35yang kini dibatalkan untuk menjual sebahagian hak komersial masa depan Piala Dunia.
00:40FIFA juga berikrar meneliti semula proses yang mencetuskan kontroversi itu selepas sejumlah persatuan bola sepak kebangsaan mendakwa mereka diketepikan.
00:49Pertikaian berkenaan mencetuskan tentangan paling hebat terhadap kepimpinan Infantino sepanjang tempoh beliau menerajui FIFA.
00:57Dila Asperiela pula dijadual mengangkat sumpah sebagai presiden baru Colombia selepas berjanji mengambil pendekatan tegas terhadap isu keselamatan, pengindaran dadah
01:05dan ekonomi.
01:06Terima kasih.
01:07Terima kasih.
01:08Terima kasih.
01:09Terima kasih.
Comments

Recommended