Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak memohon supaya sebahagian besar pernyataan saksi bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, dipadamkan daripada rekod perbicaraan kes saman berjumlah 5.6 bilion dolar yang difailkan 1MDB terhadap tujuh pihak, termasuk bekas Perdana Menteri itu.
Transcript
00:00Baik, seterusnya pasukan peguam yang mewakili Dato' Sri Najib Tun Razak memohon supaya sebahagian besar pernyataan saksi bekas ahli Parlimen
00:08Damansara, Tony Puang, dipadamkan daripada rekod perbicaraan kes saman berjumlah 5.6 bilion dolar yang difalkan 1MDB terhadap tujuh pihak,
00:20termasuk bekas peranan menteri itu.
00:22Peguam utama Najib Tun Razak, Muhammad Syafi'i Abdullah ketika membantah kandungan pernyataan saksi tersebut berhujah, sebahagian keterangan yang tidak
00:31wajar diterima sebagai bukti kerana bersifat dengar cakap serta berasaskan pandangan politik.
00:39Tony Puang yang pernah menganggotai jawatan kuasa kira-kira wang negara PAC, dijadualkan memberi keterangan sebagai saksi kedua plentif dalam
00:47perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
00:50Muhammad Syafi'i berhujah bahawa pernyataan saksi itu mengandungi pendapat peribadi serta petikan laporan media yang tidak boleh diterima sebagai
00:59keterangan di Mahkamah.
01:01Menurut beliau, bekas wakil rakyat DAP itu memetik laporan media bagi menyokong keterangannya berhubung peristiwa yang berlaku serta kaitannya dengan
01:10suasana politik ketika siasatan terhadap 1MDB sedang dijalankan.
01:15Muhammad Syafi'i turut berhujah bahawa Tony Puang memberikan pandangan peribadi dalam beberapa perenggan yang menyentuh penyingkiran bekas Peguam Negara
01:22Tan Sri Abdul Ghani Patail sedangkan beliau tidak mengetahui sebab sebenar pertukaran tersebut.
01:28Katanya Tony Puang juga merujuk kepada kenyataan beberapa individu yang tidak hadir di Mahkamah sekaligus menyebabkan mereka tidak boleh disoal
01:36balas dalam proseding berkenaan.
01:38Sementara itu, Peguam Lee Syih memaklumkan pihak plentif memerlukan masa untuk menyediakan hujahan bagi menjawab bantahan awal yang dibangkitkan pihak
01:47defendant.
01:48Pesuruh jaya kehakiman Muhammad Rizwan Idrus kemudian menetapkan perbicaraan di sambung esok.
01:56Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended