Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Kerajaan meneroka teknologi penyahgaraman air laut sebagai sumber alternatif untuk industri berkeperluan air tinggi, termasuk pusat data, sambil mengekalkan keselamatan bekalan air kepada rakyat.
Transcript
00:00Kerajaan sedang meneroka potensi teknologi penyah garaman air laut sebagai antara sumber air alternatif bagi menyokong pembangunan industri dengan keperluan
00:09air yang tinggi termasuk pusat data.
00:12Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Petra memaklumkan penggunaan itu perlu mengambil kira kesesuaian lokasi, keperluan tenaga, kos pengeluaran air
00:22serta daya maju ekonomi sebelum dilaksanakan pada skala lebih meluas.
00:29Sehubungan itu, kerajaan mengambil pendekatan jangka panjang bagi memastikan pembangunan industri strategi ini dapat terus disokong tanpa menjejaskan keselamatan berkelan
00:38air kepada rakyat.
00:39Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis Dewan Negara dikeluarkan di laman sesama Parlimen pada Selasa.
00:44Kenyataan itu sebagai menjawab soalan Senator Jufitru Johar mengenai usaha menggunakan kaedah penyah garaman air laut bagi dijadikan sumber dan
00:52kaedah utama penyejukan pusat data sebagaimana digunakan di negara-negara lain.
00:57Petra juga menegaskan bahawa pembangunan pusat data tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada bekalan air terawat yang diutamakan untuk kegunaan domestik.
01:06Sebaliknya, industri dengan kadar penggunaan air yang tinggi digalakkan memanfaatkan sumber air alternatif yang sesuai seperti air pulih guna atau
01:14ABG, penyah garaman air laut dan sumber bukan konvensional lain mengikut kesesuaian lokasi serta keperluan operasi.
01:22Bagi tujuan itu juga, Petra melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia atau NAHRIM sedang melaksanakan penyelidikan berkaitan kesesuaian teknologi penyah
01:31garaman air laut bagi kawasan kepulauan serta projek pembinaan loji berkaitan bagi membekalkan air bersih kepada pos keselamatan kawasan keselamatan
01:39khas Pantai Timur Sabah atau ESKOM.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended