00:00Sementara itu, setiap calon ada hak untuk membuat rayuan dan laporan jika ada sebarang rasa tidak puas hati atau kecurigaan
00:06berlaku ketika Kongres Pemilihan.
00:08Ini ditegaskan Setusa Agong AFC, Datuk Sri Winsor John yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Baru FAM.
00:16Merujuk kepada Artikel 10, mana-mana pihak yang mahu membuat rayuan perlu melakukannya dalam tempoh 3 hari selepas Kongres Pemilihan.
00:23Jika ada pihak yang tidak puas hati dengan keputusan yang diambil oleh jawatan kuasa pemilihan, mereka mempunyai hak untuk membuat
00:32rayuan kepada jawatan kuasa rayuan dan jika tidak puas hati dengan jawatan kuasa rayuan, mereka juga boleh pergi ke KAS.
00:43Perkara-perkara ini sudah termaktub dalam Statut dan juga dalam Kod.
00:48Jadi, dari segi ketelusan buat masa ini, AFC sangat puas hati dengan proses pemilihan dan juga cara bagaimana jawatan kuasa
01:01pemilihan membuat, menjalankan tugas mereka dan juga keputusan-keputusan yang diambil sehingga hari ini.
01:10Tambah Winsor, sebarang isu yang diketengahkan boleh dibawa sehingga ke peringkat Arbitral Tribunal FIFA.
01:16Dan proses-proses ini adalah mengikut masa yang telah ditetapkan dalam Kod.
01:29Semua ada dalam Kod. 5 hari, 10 hari, itu semua ada dalam Kod.
01:33Dan mana-mana calon yang tidak puas hati dengan keputusan yang diambil oleh jawatan kuasa pemilihan, bolehlah membuat rayuan kepada
01:45jawatan kuasa rayuan dalam tempoh-tempoh yang telah disebut dalam Kod Elektron.
Comments