Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Honda Malaysia melabur RM14 juta memasang sistem tenaga solar pertama di kilang Alor Gajah bagi mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kecekapan operasi.
Transcript
00:00Honda Malaysia melabur kira-kira RM14 juta bagi pemasangan sistem tenaga solar pertama di alur gajah Melaka sebagai sebahagian daripada
00:09usaha memperkukuh amalan pembuatan mampan dan menyokong sasaran neutral karbon menjelang 2050.
00:15Inisiatif itu dijangka mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak lebih 4,000 tan setahun selain mengurangkan kebergantungan kepada bekalan elektrik konvensional
00:24dan meningkatkan kecekapan operasi kilang.
00:30Projek itu melibatkan pemasangan hampir 8,960 panel solar di bumbung kilang dengan kapasiti 5.6 MW yang mampu menjana
00:38kira-kira 7,042 MW jam tenaga boleh diperbarui setahun.
00:42Honda Malaysia turut melaksanakan sistem penyimpanan tenaga bateri BES bagi menyimpan lebihan tenaga solar untuk digunakan apabila diperlukan, sekaligus memastikan
00:50bekalan elektrik lebih stabil kepada operasi kilang.
00:52Pelaksanaan BES menjadikan Honda Malaysia antara perintis dalam kalangan pengeluar otomatif di negara ini yang menggunakan sistem berkenaan bagi menyokong
01:00usaha mencapai neutral karbon.
01:01Pegarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, projek itu mencerminkan komitmen syarikat terhadap amalan pembuatan lebih
01:09mampan dan bertanggungjawab.
01:10Menurutnya, pemasangan sistem tenaga solar akan diperluaskan ke gudang alat ganti di Bukit Jelotong, Syah Alam pada 2027 sebagai sebahagian
01:17daripada strategi jangka panjang syarikat.
01:20Honda Malaysia turut memperluaskan inisiatif kelestarian melalui penggunaan teknologi inovatif dan penawaran model kenderaan hybrid elektrik bagi menyokong agenda ekonomi
01:28rendah karbon negara.

Recommended