Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Kekerapan kejadian tanah mendap atau sinkhole serta banjir kilat di Kuala Lumpur mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan infrastruktur bandar, sekali gus mendorong Dewan Rakyat menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih menyeluruh dan bersepadu bagi menangani isu berkenaan.
Transcript
00:00Ahli Parlimen Tanjung PI Datuk Sri Wijak Seng mencadangkan supaya tindakan yang lebih menyeluruh dan bersepadu bagi menangani kejadian tanah
00:09mendap dan banjir kilat di Kuala Lumpur dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
00:14Kesan itu dibuat sesudah kejadian tanah mendap yang semakin kerap berlaku di Ibu Negara termasuk insiden di Jalan Wangsa Delima,
00:22Wangsa Maju pada Milan yang dipercayai berpunca daripada kerusakan struktur saliran serta kerja utiliti bawah tanah.
00:31Kejadian itu sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai tahap pemantauan dan penyelarasan antara agensi berkaitan.
00:38Pada masa sama, Kuala Lumpur terus berdepan masalah banjir kilat berulang walaupun pelbagai projek mitigasi telah dilaksanakan.
00:47Sehubungan itu, kerajaan digesa memperkukuh pengurusan infrastruktur bandar melalui penyelanggaraan utiliti bawah tanah yang lebih sistematik, pemetaan utiliti, pemantauan struktur
00:57tanah secara berkala.
00:58Selain perlu mempercepat pelaksanaan projek mitigasi banjir, kerajaan juga disaran meningkatkan koordinasi antara agensi dan memperkukuh audit keselamatan infrastruktur bagi
01:10memastikan pembangunan bandar tidak mengabaikan aspek keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
01:15Terima kasih kerana menonton!
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended