Skip to playerSkip to main content
Kenapa gaji kita masih terasa rendah walaupun semakin meningkat?

Ramai yang membandingkan gaji di Malaysia dengan negara seperti Singapura atau Australia. Tetapi persoalan yang lebih penting ialah: adakah gaji kita rendah berbanding produktiviti yang kita hasilkan?

Hakikatnya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pertumbuhan gaji sebenarnya telah mengatasi pertumbuhan produktiviti. Ini berita baik kerana pekerja turut menikmati hasil pertumbuhan ekonomi. Namun, cabaran sebenar ialah produktiviti Malaysia masih meningkat pada kadar yang perlahan.

Ringkasnya, jika produktiviti kekal rendah, ruang untuk menaikkan gaji juga akan terus terhad. Sebab itu, perbincangan tentang gaji tidak boleh dipisahkan daripada produktiviti.
#NiagaAWANI
Comments

Recommended