00:00Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel jenis pick-up dan jeep telah diluluskan.
00:05Tambahan 100 liter sebulan di bawah budi madani diesel.
00:10Budi diesel menjadikan jumlah had kelayakan mereka sebanyak 300 liter sebulan bermula Julai ini.
00:16Kementerian Kewangan MOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan kemudahan tambahan ini disediakan
00:21dengan mengambil kira keperluan penggunaan diesel yang lebih tinggi dalam kalangan pemilik pick-up dan jeep
00:27termasuk untuk kegunaan perniagaan kecil dan sederhana serta pergerakan ke kawasan luar bandar dan pedalaman.
00:36Tambah kenyataan itu, tambahan 100 liter sebulan ini merangkumi lebih 174,000 warga negara di semenanjung Malaysia
00:45dan lebih 22,000 warga negara di Sabah, Sarawak dan wilayah Persekutuan Labuan setakat 4 Julai.
00:52Menurut kenyataan itu lagi, bagi kenderaan diesel persendirian individu yang digunakan oleh ahli keluarga terdekat
00:59yang berbeza daripada pemilik berdaftar, penerima asal budi diesel boleh membuat permohonan pemindahan kelayakan
01:05melalui portal rasmi budi madani tertakluk kepada syarat dan pengesahan yang didetapkan.
01:12Sebagai alternatif, pengguna sebenar kenderaan diesel juga boleh mengemaskini rekod pemilikan kenderaan
01:18melalui Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ. Berdasarkan rekod semasa, lebih 2,000 permohonan pemindahan kelayakan budi diesel
01:25telah diterima. Kerajaan juga telah melaksanakan pengecualian fee tukar hak milik kenderaan diesel
01:31selama 3 bulan mulai 1 Julai 2026 bagi memudahkan urusan tersebut.
Comments