Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
BRN mendakwa ketegangan di Patani berpunca daripada kelembapan rundingan damai dan menggesa usaha penyelesaian politik diperkukuhkan dengan sokongan Malaysia sebagai fasilitator.
Transcript
00:00Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani BRN menyifatkan peningkatan ketegangan dan tindakan ketenteraan di kawasan konflik Patani sebagai petanda bahawa konflik
00:10di wilayah itu masih belum menunjukkan penyelesaian yang mampan.
00:14Dalam satu kenyataan media pada ahad, Sekretariat Rundingan Damai BRN mendakwa konflik yang berlarutan sejak 2004 kini telah memasuki tahun
00:23ke-23.
00:25Menurut BRN, operasi kumpulan bersenjatanya menyasarkan Angkatan Bersenjata Thailand, kumpulan yang disokong kerajaan Thailand serta projek yang didakwa menjejaskan kehidupan
00:36masyarakat Patani.
00:37BRN turut mendakwa pihaknya mematuhi Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa sepanjang operasi dijalankan.
00:44Sehubungan itu, BRN menggesa orang awam supaya mengutamakan keselamatan dengan mengelakkan kawasan yang berpotensi menjadi lokasi operasi bersenjata.
00:53Kumpulan itu juga menggesa masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam pasukan keselamatan kerajaan Thailand atau mengambil sebarang peranan yang boleh
01:02ditafsirkan sebagai menyokong operasi keselamatan kerajaan.
01:06BRN berpandangan peningkatan keganasan di Patani berpunca daripada kurangnya kemajuan dalam proses rundingan damai dan menegaskan penyelesaian politik kekal sebagai
01:16jalan terbaik untuk menamatkan konflik secara bermaruah, adil dan berkekalan.
01:21Dalam kenyataan sama, BRN turut menghargai peranan Malaysia sebagai fasilitator rundingan damai serta penlibatan komuniti antarabangsa dalam usaha mencari penyelesaian
01:31kepada konflik berkenaan.
01:33Terima kasih telah menonton!
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended