00:00Pakatan Harapan atau PH Johor membidas PAS kerana didakwa tidak konsisten selepas mengarahkan ahlinya mengundi calon barisan nasional atau BN
00:10di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional atau PN pada PRN Johor.
00:15Ketua PH Johor Aminul Huda Hassan berkata, arahan itu bercanggah dengan pendirian PAS sebelum ini yang melabelkan kerjasama UMNO dan
00:24DAP dalam kerajaan perpaduan sebagai UMNO DAP.
00:27Beliau turut mendakwa rakyat masih mengingati pengalaman pentadbiran kerajaan PAS, Bersatu dan UMNO pada 2020 yang menurutnya dibentuk atas kepentingan
00:37politik, bukannya untuk kepentingan rakyat.
00:40Dalam masa sama Aminul Huda mendakwa, BN Johor tidak berlaku jujur apabila sebelum ini mengumumkan akan bertanding secara solo namun
00:49kini didakwa menjalinkan Pakatan Sulit dengan PAS dan Parti Wawasan Negara.
00:54Terdahulu timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan ahli dan penyokong parti itu mengundi calon BN di kerusi yang
01:02tidak ditandingi PN selain menegaskan supaya tidak mengundi PH.
Comments