00:04Kami mengganggu sebentar siaran khas ataupun siaran langsung dari Parlimen Dewan Rakyat dan untuk membawakan perkembangan terkini pada waktu ini.
00:14Di mana bekas ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puan Zarkashi mengumumkan keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta merta hari ini.
00:25Menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis, beliau yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor berkata keputusannya dibuat tanpa
00:33sebarang keraguan dan berharap parti itu tidak perlu mengambil tindakan memecat beliau.
00:41Menurut beliau, keputusan itu juga membolehkannya menyuarakan pandangan serta mengkritik UMNO tanpa dituduh menikam parti dari belakang.
00:49Puan menegaskan alasan utama beliau meninggalkan UMNO adalah kerana mendakwa UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan sebaliknya dikawal oleh
00:58pihak istana.
00:59Beliau turut mendakwa Menjubbesar Johor, Datuk On Hafiz Ghazi memaklumkan kepadanya bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Don Johor pada 1
01:07Jun lalu dibuat sesulantitah pihak istana ketika pertemuan mereka pada 21 Jun.
01:12Selain itu, Puan mendakwa terdapat beberapa lagi contoh yang menunjukkan kepimpinan UMNO Johor tidak lagi bebas dalam membuat keputusan.
01:20Beliau berkata tindakannya keluar daripada parti merupakan satu bentuk keberanian politik bagi mendedahkan perkara yang disifatkannya sebagai kemungkaran sebelum keadaan
01:29menjadi lebih parah.
01:30Puan turut mengakui beliau bersedia berdepan kritikan dan kemungkinan ancaman terhadap keselamatannya sesulan keputusan berkenaan.
01:44Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Merangkap Pengerusi Barisan Nasional Johor, Datuk On Hafiz Ghazi, menafikan sekeras-kerasnya dawaan bekas
01:54Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Dr. Muhammad Puan Zakashi,
01:58bahawa beliau pernah memaklumkan kononnya pihak istana mengarahkan pembubaran Dewan Negeri Johor.
02:05Dalam satu kenyataan hari ini, On Hafiz menjelaskan pembubaran Dewan Negeri Johor dibuat selepas mendapat titah perkenan Tunku Mahkota Ismail
02:15selaku pemangku Sultan Johor selaras dengan fasal 23 bahagian 2 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
02:24Menurut beliau, proses mendapatkan titah perkenan merupakan tuntutan perlembagaan dan tidak boleh disamakan dengan arahan atau campur tangan politik.
02:32Beliau menifatkan dawaan Puan sebagai tidak bertanggungjawab kerana didakwa memutar belitkan proses perlembagaan sehingga mewujudkan persepsi bahawa institusi diraja mencampuri
02:44urusan politik UMNO Johor.
02:46On Hafiz berkata, walaupun Puan berhak meninggalkan UMNO dan berbeza pandangan dengan kepimpinan parti, kenyataan tersebut berpotensi menyentuh sensitiviti 3R
02:56khususnya melibatkan institusi diraja.
02:58Sehubungan itu, beliau memaklumkan UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.
03:06Terima kasih kerana menonton!
03:10Terima kasih kerana menonton!
Comments