- 2 days ago
Diskusi dan analisis mengenai kepentingan kepimpinan dunia dengan hala tuju yang jelas dalam kerjasama pelbagai hala di samping berdepan dengan ketidaktentuan global dalam menjamin keterangkuman dan keamanan sejagat dalam Agenda AWANI Asia, 9.00 malam ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Forum Nikkei 2026 ini menjadi tumpuan kepada majalah yang tersohor di Jepun pada ketika ini.
00:39Dan bagaimana pemimpin dunia melihat bahawa Datuk Sri Anwar menegaskan bahawa perdagangan dasar perindustrian dan juga rantaian bekalan kini semakin
00:51dilihat melalui lensa persaingan dan bukannya manfaat bersama.
00:55Dan Perdana Menteri juga mengikut rapat perkembangan berkaitan berisiko memecah belahkan rantau Asia kepada beberapa blok yang saling bersaing sekaligus
01:07menjejaskan kerjasama ekonomi yang selama ini menjadi pemacu pertumbuhan serantau.
01:13Jadi beberapa perkara juga berkaitan dengan keselamatan serantau disentuh oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam forum Nikkei ini.
01:21Jadi untuk berbicara berkaitan dengan kepimpinan untuk kestabilan dan kemakmuran serantau pada malam ini,
01:28Zhang Hong, wartawan kumpulan media Cina, sudah pun bersedia di Beijing dan juga Prof. Dr. Adam Leong Kok Wei, pengarah
01:36Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ataupun UPNM.
01:43Selamat petang dan selamat malam. Zhang Hong, apa khabar?
01:48Selamat malam.
01:48Terima kasih. Mungkin Zhang Hong, apa yang menarik perhatian media Cina dalam meneliti ucap pertama Datuk Sri Anwar Ibrahim di
01:58forum Nikkei kali ini
01:59dan beberapa perkara disentuh termasuk keselamatan serantau, membina kemakmuran bersama iaitu menegaskan tentang perdagangan bebas, multilateral dan juga
02:13merapatkan kerjasama antara negara-negara serantau dan sebagainya.
02:17Mungkin ada tumpuan yang Satria boleh kongsikan pada malam ini.
02:23Terima kasih. Memanglah kalau media Cina beri tumpuan kepada apa yang disampaikan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim di Jepun, di
02:32forum Nikkei ini.
02:34Dan kita tengok yang beliau memang cukup berani menyatakan iaitu negara yang kalau berdaulah,
02:40mesti say no kepada terhadap macam dasar yang diiskriminasi atau tarif tambahan.
02:48Saya rasa ini merupakan khususnya dia bukan hanya cakap dalam negara ini saja.
02:53Dia di arena antarabangsa pun berani menyampaikan, membentangkan pendirian dari kerajaan Malaysia yang menentang atau melawan
03:05berbagai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kuasa besar.
03:09Oleh itu saya rasa memang ini sudah memberi hakkan.
03:13Kalau dulu kita tahu, kalau macam pergi ke Jepun untuk menghadiri forum Nikkei ini,
03:20biasanya adalah macam dulu Tun Mahathir atau macam Li Kuang Yao.
03:24Tapi kali ini, tahun ini memanglah kalau Tun Mahathir pun kurang sihat.
03:30Oleh itu, Datuk Sri Anwar Ibrahim sudah pergi ke sana untuk menghadiri.
03:34Ini sebenarnya memberi hakkan kepada dunia iaitu selepas macam Li Kuang Yao,
03:39Tun Mahathir iaitu pemimpin generasi yang sudah dahulu punya.
03:45Sekarang di Asia Tenggara muncul seorang lagi pemimpin dua politik yang dihormati oleh seluruh dunia.
03:53Kita pun sudah lihat, Datuk Sri sudah memperkenalkan dulu macam
03:56beliau ada hubungan yang cukup baik dengan Donald Trump, boleh menarik bersama.
04:03Dan beliau juga ada hubungan yang cukup baik dengan Presiden Xi.
04:06Kalau ada apa dia menulis surat kepada Presiden Xi,
04:10mesti akan didaklukan dan semua tuntutan akan mendapat respon atau balasan dari pihak China.
04:18Pada masa sama, beliau juga mengawal hubungan yang cukup baik
04:21atau persahabatan dengan Jepun.
04:23Tapi meskipun begitu, beliau di Jepun pun katakan.
04:27Meskipun Malaysia mengawal persahabatan yang rapat dengan Jepun,
04:31tapi ini tidak bermakna.
04:33Malaysia akan menyebelah kepada Jepun untuk bersama-sama melawan pihak yang lain.
04:38Saya rasa ini semuanya mengapa sekarang Datuk Sri Anwar Ibrahim,
04:42dia memang mendapat penghormatan dari bawah paket pihak termasuk kuasa besar
04:48seperti China, Amerika Syarikat dan masuk juga
04:51macam negara-negara jiran di rantau ini termasuk macam Jepun.
04:56Ya, menarik.
04:58Bagi Prof. Dr. Adam, kalau kita lihat ucapan Datuk Sri Anwar Ibrahim ini memang konsisten.
05:05Setiap kali berada di platform antarabangsa ataupun lawatan beliau ke luar negara,
05:09berjumpa dengan pemimpin dunia,
05:12beliau bertegas dan beliau tidak melihat Malaysia ini sebuah negara kecil
05:17yang tidak layak untuk berbicara isu-isu besar,
05:21isu-isu serantau, isu-isu ketidakadilan perdagangan dan sumpamanya.
05:26dalam forum Nikkei sekali lagi,
05:29bukan hanya mengangkat kepentingan Malaysia sebagai suara
05:32yang perlu diberi perhatian dari benua Asia Tenggara iaitu ASEAN,
05:37tetapi beliau dengan tegas mengangkat keperluan
05:40untuk mengukuhkan kerjasama serantau,
05:44memastikan rantaian bekalan kekal terbuka
05:46serta menolak pendekatan ekonomi yang berasaskan persaingan kuasa semata-mata.
05:51Jadi, betul apa yang dikatakan oleh Satria tadi,
05:53Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan Jepun
05:56Malaysia juga mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Chi dan juga Cina keseluruhannya
06:00dan Malaysia juga menjadi rakan dagang utama untuk Amerika Syarikat
06:04dan apa yang berlaku ketika menjadi kepengurusan ASEAN pada tahun lalu
06:08dengan kehadiran Presiden Trump.
06:10Jadi, semuanya ini penting, matters untuk Malaysia dan juga ASEAN.
06:13Mungkin pandangan awal, Prof. Dota Adam.
06:18Ini melambangkan dasar luar Malaysia yang berlandaskan kepada neutraliti.
06:27Kita tidak berpihak kepada mana-mana kuasa atau blok geopolitik.
06:31So, kita boleh menjalankan hubungan erat dengan sama ada kuasa besar
06:38seperti contoh Amerika Syarikat, negara Cina dan sekarang juga Jepun.
06:42So, kita adalah satu negara perdagangan.
06:45So, kita memerlukan perdagangan dengan negara-negara lain yang beri ekonomi yang besar
06:50untuk membantu kita membangunkan ekonomi dalaman di Malaysia juga.
06:54So, jadi itu kita mengambil pendirian, tidak memihak kepada mana-mana blok
07:00dan negara Malaysia punya dasar luar ini memaik konsisten dari dulu,
07:06dari berdekat-dekat lamanya di mana kita boleh kerjasama dengan semua
07:10untuk kepentingan negara sendiri.
07:12Kalau kita tengok hubungan Malaysia dengan Jepun memang amat rapat
07:17sejak zaman itu menghadir dulu, melaksanakan dasar pandan ke timur,
07:23Log East Policy, 80-an.
07:25So, kita sudah menjalankan hubungan yang sangat erat dengan negara Jepun
07:28untuk membangunkan industri, industri di Malaysia, industri perak,
07:33industri otomotif, industri elektronik dan sebagainya.
07:37So, dari situ hubungan dua hal ini memang telah meningkat.
07:42Dari setinggi juga, pendidikan juga Malaysia pun hantar ramai pelajar Malaysia ke Jepun
07:48untuk belajar kejuruteraan dan sebagainya.
07:50So, kita nampak hari ini usaha Perdana Menteri kita
07:54yang melawat negara Jepun dengan Nikkei Forum memberi satu ucah
08:00pertama di Nikkei Forum adalah kesinambungan hubungan rapat dua hal
08:05dan dengan cukup harapan kita boleh menambah baik hubungan dua hal dari segi perdagangan
08:14dan juga memastikan kita hidup dalam rantau ini dalam keadaan yang selamat, aman dan stabil.
08:22sebab kita adalah negara perdagangan dan kita memerlukan laluan maritim untuk kapal kita Melayu dan sebagainya.
08:30So, kita ada satu kepentingan bersama untuk memastikan laluan maritim ini dan sebagainya selamat untuk digunapakai
08:38dan juga kita memastikan ia terus aman dan stabil.
08:42So, hubungan kita dengan semua negara besar termasuk Rusia.
08:46Kalau kita tengok Perdana Menteri hari ini pun ada di Rusia kan?
08:49Memang kita akan membina hubungan rapat dengan semua negara besar
08:53sebab memang dasar kita neutral dan kita akan berkawan dengan semua negara
08:59dan kita tak nak bermusul dengan mana-mana negara.
09:02So, itu adalah landasan asas dasar luar negara Malaysia.
09:06Ya, dengan ucapan yang begitu mesej yang besar untuk kedamaian ataupun kestabilan serantau
09:14sebab itu majalah Nikkei ataupun Nikkei Asia antara penerbitan ekonomi dan juga peniagaan paling berpengaruh di rantau Asia ini
09:22memilih ucapan ini sebagai tajuk ulasan mingguan mereka.
09:27Jadi, pada pandangan Satria, bagaimana China melihat ASEAN dan juga keperpindahan Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya
09:34boleh memainkan peranan utama dalam kerjasama rantau di Asia Timur?
09:39Ya, saya rasa dunia ini memang sekarang menghadapi kris macam pendapiran antarabangsa.
09:46Jadi, dalam bidang ini sebenarnya bukanlah tata tertib yang dahulu selepas perang dunia kedua
09:52sudah tidak berfungsi lagi.
09:54Tapi sebenarnya adalah ada sebagian negara kurang menghormati lagi
10:00terhadap tata pendapiran yang sedia ada.
10:03Oleh itu, kita perlu lebih banyak negara khususnya macam kuasa yang sederhana
10:08untuk berani mengeruakan suara.
10:10Oleh itulah, kita amat mementingkan suara dari macam Malaysia atau negara-negara ASEAN
10:17dan kita selalu juga mengutamakan peranan yang dimainkan oleh ASEAN
10:22dikerjasama di Asia Timur ini.
10:25dan kita pun sebenarnya saya tiba-tiba teringat kalau sebenarnya baru beberapa hari yang lalu
10:32di Perancis ada sidang kemencah kumpulan tujuh yang diadakan di sana.
10:38Kita tengok semuanya nampaknya negara-negara yang paling kuat di dunia,
10:42negara industri yang paling besar di dunia.
10:45Mereka sudah pemimpin dari beberapa negara duduk di depan meja.
10:49Ketika itu, Donald Trump masuk.
10:51Ada orang sampaikan salam kepada dia.
10:54Dia balas katakan, I'm the boss.
10:57Jadi, semua pemimpin negara-negara barat yang nampaknya begitu hebat
11:00mengawal senyum sahaja.
11:03Sasa inilah mengapa, apa perbezaan di Timur dan Barat.
11:07Kita di sini, sekarang kita tengok macam berbagai pemimpin macam
11:11Datuk Siawan Ibrahim cukup bersikap, bertanggungjawab kepada isu global.
11:18Dia ketika ada yang kurang ideal, dia akan langsung reti,
11:22langsung mengeluarkan pandangan sendiri.
11:23Tapi kalau di Barat, mereka semuanya ikut nada Donald Trump sahaja.
11:28Bahkan macam dalam sidang kemencah kumpulan tersebut,
11:31kita pun tengok macam Perdana Menteri Kanada,
11:35dalam ketika Donald Trump rehat di kerusinya,
11:37dia datang untuk memberitahu atau melapor kepada dia.
11:43Katakan, eh, kita hanya import berapa unit EV dari jenaz sahaja.
11:48Kurang dari macam 3.9% sahaja dari pasangan kita.
11:53Saya rasa ini akan memuaskan hati anda ya.
11:55Donald Trump katakan, ya, ya, ya.
11:57Okey, bagus. Saya puas hati.
11:59Saya rasa ini bukanlah hubungan yang realiti antara negara dengan negara dalam arena antarabangsa
12:07untuk kita boleh secara aktif atau secara berkesan untuk menangani berbagai isu global.
12:15Saya rasa oleh itu kita sudah lihat,
12:17sebenarnya pusat pendabilan global sekarang pun berakhir.
12:21Berakhir dari barat ke timur.
12:23dan dalam bidang ini,
12:25hanya Cina mungkin akan memainkan peranan yang semakin besar pada masa yang sama.
12:30Berbagai negara-negara macam kuasa seterhana,
12:35macam pertubuhan antarabangsa seperti Asien,
12:38dia juga akan memainkan peranan yang sendiri punya.
12:56Kalau kita lihat forum Nikkei ini memang menjadi tumpuan kepada pemimpin Asia Timur
13:02dan Perdana Menteri diberikan ataupun penghormatan,
13:07memberikan ucap pertama dan mengangkat isu ataupun mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri,
13:13Datuk Seri Anwar Ibrahim,
13:15berkaitan dengan persaingan kuasa besar,
13:18ketegangan geopolitik,
13:20perdegangan global dan juga perubahan lanskap ekonomi antarabangsa.
13:23semua ini penting.
13:25Tetapi beliau memberikan perbandingan ataupun contoh bagaimana tanggungjawab pemimpin hari ini
13:32untuk mengawal ke arah yang lebih betul
13:35seperti mana pelayaran yang dilakukan oleh laksamana-laksamana yang hebat pada zaman dahulu.
13:42Jadi bagaimana pandangan Prof. Dr. Adam melihat perkara ini
13:46bahawa Asia dan juga dunia memerlukan pemimpin yang berjiwa besar,
13:52pemimpin yang mengangkat tentang keamanan dan juga keharmonian
13:57dan menggalakkan perdagangan secara adil dengan kerjasama yang lebih erat.
14:03pandangan Dr. Adam.
14:05Ya, yang amat berhormat,
14:07Perdana Menteri kita adalah memakai analogi
14:11zaman pelayaran dulu dengan
14:13kalau berlayar, pakai kompas untuk navigasi dan sebagainya.
14:18So, saya faham yang maksudnya ialah
14:20kita sekarang ini tengah berlayar dalam gelombang atau ombak
14:27persaingan geopolite yang amat hebat.
14:29So, kita sebagai nak kota sebuah kapal itu kena berhati-hati
14:33supaya kita tidak, kapal kita tidak tersasar laluan
14:38atau melanggar kan, terumpuh batu ke apa dan sebagainya.
14:42So, maksud saya rasa ialah kita kena berhati-hati
14:45supaya kita tidak ditarik atau dipaksa
14:48untuk memihak kepada mana-mana blok geopolitik.
14:52So, seperti satu yang tadi cerita tadi
14:54pasal President Trump dan Amerika Syarikat.
14:57Kita nampak memang ada satu strategi di mana
15:00mereka ingin kita kembali kepada zaman perandinging
15:05di mana ada dua blok.
15:06Ada bipolar world.
15:07Blok sebelah barat diketuali oleh Amerika Syarikat
15:11dan sebelah timur waktu itu Soviet Union atau Rusia sekarang.
15:14So, kita tak nak benda itu terjadi lagi.
15:18So, kita dah maju ke depan.
15:19Banyak negara yang sedang membangun zaman dulu
15:22sudah membangun dan ekonomi kita sudah kukuh
15:25dan kita ingin terus membangun negara masing-masing
15:29dan tidak mahu terperangkap dalam sesuatu blok geopolitik.
15:32kita nak bebas.
15:34Sekarang banyak negara pertengahan, kuasa pertengahan middle power
15:38macam Malaysia, Jepun dan sebagainya.
15:40Kita tidak mahu terperangkap atau dalam permainan geopolitik ini.
15:46Dikit ini bebas, independen.
15:48Dan kita adalah nak kota.
15:51Nak kota kapal kita, kita akan mengemudi ke arah mana kita nak.
15:56Baupun ia ada kelombang, ada ombak besar kan
16:00tapi kita memastikan haluan kita tetap
16:04dan itu menghala kepada tujuan sebenarnya.
16:07Lagi itu kita ingin kerjasama erat
16:09dengan semua negara
16:10sama-sama membina keamanan, kestabilan
16:13supaya kita boleh membangun ekonomi yang kukuh masing-masing.
16:17Sebab dengan ekonomi yang kukuh,
16:18rakyat, sesuatu negara, semua negara
16:20akan hidup dengan selesa, ada kerja dan sebagainya
16:24kita tidak akan fikir untuk berperang
16:27atau cari gaduh dengan negara lain dan sebagainya.
16:30So, itu adalah asas dia.
16:32So, itulah haluan yang kita nak mengemudi negara kita, Malaysia
16:36ke arah tu.
16:37Keamanan, kestabilan dan tidak memihak kepada mana-mana pihak
16:42dan mempunyai hubungan erat dengan semua negara.
16:45Ya.
16:46Zahong, kalau kita lihat hubungan Malaysia-Cina
16:48bukan setakat hubungan bilateral
16:50yang sudah memasuki lebih 50 tahun yang begitu erat
16:53dan hubungan dengan Malaysia-Cina
16:56antara yang terbesar dalam masa 15 tahun kebelakangan ini
17:00dan tidak berhenti.
17:02Setakat itu, hubungan Malaysia semakin erat
17:04apabila Malaysia dipelawa untuk menyertai BRICS
17:10dan juga terangkum juga dalam CPTPP.
17:14Jadi, banyak platform yang dilakukan
17:18antara Malaysia dan Cina
17:19selain hubungan ASEAN-Cina dan juga
17:24bagaimana peranan Cina dalam memastikan
17:27keselamatan serantau terutamanya di Laut Cina Selatan dan sebagainya.
17:32Jadi, kerjasama Selatan ini semakin diangkat berbanding dahulu.
17:37Kalau dahulu, platform multilateral seperti PBB, WTO dan seumpamanya
17:44menjadi platform yang paling ampuh ataupun paling kukuh dilakukan oleh semua negara dunia
17:51untuk bersama-sama dengan negara maju.
17:53Tetapi, apabila negara-negara maju melakukan ketidakadilan dalam perdagangan
17:58dan juga dengan isu geopolitik serantau dan seumpamanya,
18:01jadi negara-negara Selatan ini mencari ruang untuk bekerjasama lebih erat
18:06dengan rakan-rakan yang boleh dipercayai seperti Cina dan seumpamanya.
18:10Pandangan Zahong.
18:11Kita tengok memanglah kalau Malaysia amat menyokong Cina untuk menyertai CPTPP.
18:19Pada masa yang sama, Cina juga menyokong Malaysia untuk menyertai BRICS.
18:23Ini kerana kita melihat platform ini semuanya yang macam BRICS.
18:29Ini semuanya boleh memainkan peranan untuk melengkapi
18:33sistem penampilan global pada masa ini.
18:35Dan oleh itulah, kita pun melihat kerjasama antara kedua-dua negara
18:41sebenarnya diadakan dalam berbagai platform antarabangsa
18:44termasuk macam Global South.
18:47Kerana suara ini, kalau dulu Global South
18:50kalau dilihat oleh pihak barat, macam negara-negara miskin saja.
18:55Tapi sekarang kebanyakan yang sudah menjadi
18:57macam middle power juga, kuasa yang sederhana.
19:01dan kita sudah mestilah akan menentu lebih banyak suara
19:07dalam berbagai isu antarabangsa
19:09dan memberikan, membentangkan pandangan diri kepada
19:13tentang berbagai macam konflik atau pertikaian berlaku di dunia ini.
19:18Tapi dulu suara ini sebenarnya diketepikan saja.
19:21Semuanya, kalau macam pada tahun 1980 atau 1990-an
19:26kumpulan G7 ini sangat hebat.
19:32Semuanya negara yang paling hebat di sana.
19:34Mereka mengadakan sidang kemencah.
19:36Hampir boleh memutuskan semua hal penting yang di dunia.
19:40Tapi sekarang memang berbeza.
19:42Kita nak melihat sistem penampilan antarabangsa ini
19:45menjadi semakin ideal.
19:47Dan kita nak ada hubungan yang sama rata dengan semua pihak.
19:52Pihak kita tidak nak ada blok-blok yang memisahkan dunia.
19:58Pada masa sama, kita mengawal persahabatan dengan semua pihak.
20:02Saya rasa ini dasar yang dilaksanakan oleh Malaysia dan juga
20:05China yang selalu mengawalkan konsisten pada puluhan tahun ini.
20:09Dan kali ini kita pun amat menarik iaitu satu hal
20:13iaitu selepas lawatan Datuk Siawan Mbahim ke Jepun,
20:18kita tengok di media antarabangsa ada laporan katakan
20:21Jepun dan Malaysia, pemimpin kedua-dua negara
20:25sudah menyatakan itu kebimbangan
20:29atas macam pengaruh dan atau tentutan maritim China
20:34yang semakin agresif di Laut Timur China dan Laut China Selatan.
20:42Saya rasa ini amat, ketika saya membaca ini amat terkejut.
20:44Kenapa ini sebenarnya berbeza dengan laporan dari media
20:48Malaysia punya?
20:50Kerana Malaysia pun sudah katakan
20:52Datuk Siawan Mbahim sudah sekali lagi menegaskan
20:55tidak akan menyebelah ke mana pihak.
20:59Dan pada masa sama, satu pendidikan yang konsisten
21:02bagi Datuk Siawan Mbahim ialah
21:05kalau Laut China Selatan, isu Laut China Selatan ini
21:08mesti dia selesaikan melalui dialog antara China
21:11dengan berbagai negara asin dan tidak boleh ada campur tangan
21:15dari luar negara.
21:16Jadi, saya sudah membaca kenyataan bersama
21:19yang di Kementerian Laman Web, Kementerian Luar Malaysia punya.
21:25Sama sekali tidak ada apa yang katakan tentang Laut Timur China.
21:30Ini mencuk dalam kenyataan di Kementerian Luar Jepun punya.
21:36tapi sama sekali juga tidak menyentuh tentang China.
21:40Dia hanya katakan kedua-dua pihak sudah memberi tumpuan
21:44kepada Laut Timur China dan Laut China Selatan.
21:48Kalau di Kementerian Luar Malaysia sebenarnya hanya katakan
21:51Laut China Selatan dan kestabilan di Selatan Melaka.
21:55Tapi media-media lain dia, media-media dia barat
22:00atau negara antarabangsa.
22:01Mereka membesar-besarkan kenyataan ini
22:04menjadikan pemimpin ketua negara
22:08menyatakan kebimbangan atas agresif China
22:12di Laut Timur China dan juga Laut China Selatan.
22:14Saya rasa ini semuanya akan memainkan peranan negatif
22:18untuk kestabilan dan kemakmuran di rantau ini
22:22bahkan akan sebenarnya menghasut hubungan
22:25antara China dengan Malaysia, antara Malaysia dengan Jepun juga.
22:29Oleh itu, saya rasa kita seperti apa yang sudah dikatakan
22:32oleh Tatu Syed Al-Rahim, sebagai pemimpin politik
22:37kita mesti mengawal kepimpinan supaya negara kita
22:42yang dibawa oleh pemimpin kita boleh selalu bergembang
22:46ke satu arah yang betul untuk bukan hanya
22:49pembangunan negara sendiri bahkan kestabilan
22:53dan kemakmuran bersama serantau.
22:57Puan Dr. Adam, kalau kita lihat potensi negara-negara Asia Timur ini
23:01memang amat besar dalam dunia digital
23:04dalam membangunkan kemajuan teknologi kecerdasan buatan
23:08ataupun AI, perkongsian tenaga, diperbarui dan sebagainya.
23:12Kalau kita lihat, kalau perkara ini diangkat sebagai satu tema utama
23:16apabila kita berada di platform antarabangsa
23:18berbanding hanya menumpukan isu-isu geopolitik
23:22yang mungkin akan menimbulkan keresahan antara satu pihak
23:26dengan satu pihak yang lain berkaitan misalnya
23:28isu di Selat Taiwan, isu di Laut Timur, isu Laut Cina Selatan dan sebagainya.
23:33Memang bagi negara-negara yang tertentu, mereka ingin berpihak
23:36tetapi bagi Malaysia, sentiasa membawa mesej bahawa rantau ini
23:40rantau yang banyak sekali potensi yang perlu digembelingkan
23:44dan diraih kemajuan ekonominya bersama.
23:47Sebab itu, kalau dalam hal ini
23:50bagaimana Malaysia dan negara-negara Asia Timur
23:54perlu mengangkat tema-tema sebegini
23:57dengan tidak merujuk kepada isu-isu yang mungkin
24:01akan memecahbelahkan kesatuan
24:05dan juga menidakkan kemakmuran bersama itu.
24:08Pandangan Prof. Dr. Hiram.
24:10Ya, Naswi, ini adalah satu isu kontemporari
24:13yang amat penting, kritikal untuk negara-negara
24:17untuk fikir dan juga cari jalan untuk kerjasama.
24:21Memang benar, memang betul
24:23AI atau kerjasama buatan ini adalah satu sektor
24:27ekonomi yang berpotensi tinggi
24:30dan Malaysia pun sudah mengorak langkah
24:33ke atas pembinaan industri AI,
24:36cyber digital dan sebagainya.
24:38Tapi AI ini, kalau tidak mempunyai governance
24:43atau etika, rancangan etika yang baik,
24:48kita korteri, risau, AI ini akan menjadi
24:52mungkin disalahpakai oleh penjenayah
24:56sebab dia pakai AI sama dengan quantum technology
25:00yang boleh mencipta super microchip dan sebagainya,
25:03dapat mencuri duit kita dari bank dan sebagai contoh
25:07yang amat mudah.
25:08Dan dari segi jenayah AI ini,
25:11dia rentas sempadan.
25:13Apa jadi di sini mungkin merebak satu dunia dan sebagainya.
25:16So, ancaman risiko keselamatan dari segi itu memang tinggi.
25:19So, kita perlu kerjasama antara semua negara
25:23untuk membina satu framework, governance, regulations
25:27dan juga etika macam mana nak memakai AI,
25:32membangun AI supaya dia tidak dicuri
25:35dan disalahpakai oleh penjenayah.
25:38Satu lagi yang amat merisaukan untuk saya
25:41sebab saya pun ada buat kajian sedikit
25:43pasal AI dan sebagainya,
25:45adalah AI ini, dia boleh menjadi satu sistem yang organik.
25:49dia boleh mula memikir macam manusia.
25:52Sudah ada kes di mana ada satu AI sistem
25:54bersembah dengan AI sistem lagi.
25:57Daripada bersembah dalam bahasa Inggeris,
25:59apabila mereka tahu mereka bersembah sama AI,
26:02mereka mula bercakap dalam bahasa komputer.
26:05Satu sifar-sifar, satu-satu sifar-sifar macam itu.
26:08So, saintis dah mula risau.
26:10Rupanya AI ini dah faham
26:12siapa mereka dan apa kuasa mereka mempunyai.
26:16So, adalah satu benda yang dalam masa depan ini,
26:19yang mungkin tidak mustahil di mana AI boleh berfikir dan sendiri
26:24dan mula mengorak langkah,
26:26membina jaringan AI satu dunia
26:28untuk berlawan dengan kita manusia.
26:32So, benda ini mungkin terjadi.
26:34So, kita kena keteri risiko tersebut dan itu yang saya sebut tadi,
26:39kena ada satu jaringan mekanisme,
26:42mekanisme membina etika,
26:44memakai dan membina AI ini
26:47supaya manusia masih ada cara untuk intervensi
26:53kalau terjadi AI itu mula memikir sendiri
26:56dan menjalankan sesuatu yang akan memudarakan kita.
26:59So, dari segi ini,
27:01ini tidak ada apa kena-kena dengan
27:05pergolakan, competition, geopolitik dan sebagainya.
27:09Ini sebab itu,
27:11kita semua negara ini kena kerjasama
27:13sebab kita mempunyai satu ancaman sama
27:16pada masyarakat dan datang ini.
27:19So, kita, saya cakap AI ini ada peluang
27:21bukan sahaja untuk membina ekonomi,
27:24pembangunan ekonomi kita dan sebagainya.
27:27dan ada satu peluang untuk kita kerjasama
27:29dengan era untuk memastikan kita masih kontrol,
27:34memantau dan kontrol AI,
27:36pembangunan AI, sistem AI ini dan sebagainya.
27:39Okey.
27:40Terima kasih Prof. Dr. Adam Leong Kok Wei,
27:43pengarah Pusat Pengajaran Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa,
27:46UPNM dan juga Zhang Hong,
27:48watawan Kepula Media Cina,
27:49rakan kami Satria di Beijing.
27:51Itu saja kita mengulas ucapan
27:54Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di Forum Future of Asia 2026,
27:58di Forum Nikkei Tokyo pada baru-baru ini.
28:02Dan itu saja untuk agenda awal Asia pada malam ini.
28:06Assalamualaikum.
Comments