Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pasukan perundingan negara itu kini berada pada fasa akhir rundingan bagi memeterai perjanjian damai di Asia Barat
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan pasukan perundingan negara itu kini berada pada fasa akhir rundingan bagi memeterai perjanjian damai
00:08di Asia Barat.
00:09Menurut beliau, Iran dan Israel yang sebelum ini terus berbalas serangan, kini dikatakan bersetuju untuk menghentikan permusuhan melalui usaha pengantaraan
00:20Amerika Syarikat.
00:22Mengulas garis masa perjanjian tersebut, Trump menjangkakan ia mampu direalisasikan dalam tempoh dua hingga tiga hari.
00:31Bagaimanapun, Tehran terus menegaskan bahawa sebarang perjanjian damai perlu melibatkan situasi di Lubnan, susulan operasi kenteraan Israel.
00:39Pada ahad, Hezbollah dilaporkan melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Israel yang kemudiannya dibalas oleh tentera Israel
00:47meskipun Washington menekankan kedua-dua pihak agar menahan diri daripada meningkatkan konflik.
00:54Iran selepas itu melancarkan satu lagi seri serangan peluru berpandu sebelum mengumumkan penghentian operasi kenteraan
01:01manakala Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu menyatakan keadaan pertempuran kini berada dalam keadaan terkawal.
Comments

Recommended