Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri Johor sebelum memuktamadkan sebarang langkah.
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN memberi jaminan akan memudahkan urusan pengundi, khususnya yang bekerja di Singapura, untuk pulang mengundi pada pilihan
00:08raya negeri Johor ke-16.
00:10Menterinya Dato' Sri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya menunggu pengumuman suruhan jaya pilihan raya SPR mengenai tarikh-tarikh penting PRN
00:18Johor sebelum memuktamadkan sebarang langkah.
00:23Kita akan tengok apabila SPR mengadakan mesyuarat yang diberitakan 12 Jun, nanti pada hari itu biasanya dia berakhir dengan satu
00:32hebahan media tentang tarikh penaman calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.
00:37Dan kami di KDN khususnya jabatan imigresen dan agensi yang berkaitan, kami akan respon daripada pengumuman itu sama ada dia
00:47mengundi hari Sabtu atau hari Ahad, dia ada kesan yang berbeda.
00:50Jelas beliau isu tidak timbul sekiranya hari mengundi jatuh pada Ahad.
00:56Ini kerana ketika itu penduduk Singapura lebih ramai memasuki tanah air berbanding rakyat Malaysia yang keluar ke negara republik itu.
01:04Namun sekiranya hari mengundi diisytihar pada Sabtu, KDN akan mengambil langkah sewajarnya untuk memudahkan proses demokrasi bagi pengundi Johor yang
01:13bekerja di Singapura.
01:14Beliau berkata demikian kepada media selepas program Citra Negara Sekolah Selamat di Batu Pahat pada Selasa.
Comments

Recommended