Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Negara anggota ASEAN perlu mencapai kata sepakat mengenai rangka kerja bersama bagi merealisasikan pelaksanaan rangkaian serantau grid tenaga ASEAN secara lebih berkesan.
Transcript
00:00Negara anggota ASEAN perlu mencapai kata sepakat mengenai rangka kerja bersama bagi merealisasikan perlaksanaan rangkaian serantau grid tenaga ASEAN secara
00:08lebih berkesan.
00:09Premier Sarawak Tan Sri Abang Juwari Tonopeng berkata meskipun pelbagai cadangan projek perhubungan tenaga rentas sempadan telah dibangunkan,
00:16ASEAN masih belum mempunyai kerangka perlaksanaan yang konkret dan diterima oleh semua negara anggota.
00:22Dalam perbincangan saya, saya nampak bahawa tidak ada framework yang konkret yang mempunyai kata sepakat dalam isu interkoneksion.
00:37Memang ada cadangan daripada Laos ke Singapura dan juga daripada kita untuk ke Indonesia, Filipina dan terus ke Singapura.
00:52Tetapi dia tidak ada mempunyai bagaimana nak melaksanakan interkoneksion dan satu framework yang boleh diterima untuk semua.
01:08Jelasnya Sarawak ketika ini telah membuktikan model kerjasama tenaga rentas sempadan menerusi pendekatan bilateral
01:15termasuk membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Barat di Indonesia serta mengembangkan rangkaian bekalan ke Sabah.
01:22Malah katanya perbincangan turut berjalan dengan Brunei bagi ekspor tenaga elektrik
01:27manakala rancangan membekalkan tenaga ke Singapura hanya menunggu keputusan berkaitan laluan koridor kabel.
01:33Sehubungan itu beliau mencadangkan ASEAN meneliti model yang digunapakai oleh European Union
01:39dalam menguruskan integrasi tenaga serantau sebagai rujukan untuk membangunkan mekanisme yang sesuai di rantau ini.
01:45Katanya lagi perkara tersebut kini berada di peringkat kerajaan persekutuan
01:49menerusi usaha libat urus yang dipimpin timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof bersama negara-negara anggota ASEAN.
01:57Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi dialog sempena persidangan
02:02dan pameran hidrogen hijau Asia Pasifik 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kucing pada Selasa.
Comments

Recommended