00:00Sarawak Water akan melaksanakan ujian pada malam ini bagi mengenalpasti pipe yang bocor di Batu 7 Jalan Miri Bintulu.
00:08Pengurus Sarawak Water, Senyum Berhad, wilayah Miri, Dr. Joe Ferry Ragu Thomas berkata,
00:14ujian tersebut akan dilakukan dengan menutup sementara salah satu pipe utama pada waktu malam
00:19bagi membolehkan bacaan sistem dianalisis dengan lebih tepat.
00:24Ini bagi menentukan bukan sahaja lokasi namun saiz pipe yang terlibat.
00:28Sebaik dikenalpasti Sarawak Water akan dapat menentukan jumlah pengguna yang akan terjejas.
00:33Beliau berkata ujian klorin yang dijalankan di kawasan tanah turut mengesahkan kehadiran air terawat
00:39sekaligus menguatkan indikasi berlaku kebocoran pada sistem pipe utama.
00:44Menurutnya kerja-kerja pembaikan utama dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 11 Jun
00:48dengan tempoh kerja dianggarkan antara 18 hingga 24 jam bergantung kepada pipe yang terlibat dan keadaan cuaca
00:55diikuti tempoh pemulihan sistem selama 12 jam.
01:00Sebagai persediaan, sebanyak 22 lori tangki air dan lebih 20 pusat pengambilan air telah disediakan
01:06termasuk bagi keperluan hospital dan pusat dialisis.
01:09Langkah turut diambil untuk menutup sistem takungan air sementara
01:12bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan selepas kerja pembaikan selesai.
01:17Menurut pihak berkuasa, langkah ini penting bagi memastikan tekanan air dapat dipulihkan dengan lebih cepat
01:23berbanding tempoh biasa yang boleh mengambil masa sehingga 12 jam.
01:27Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada saluran rasmi Sarawak Water
01:32bagi mendapatkan maklumat terkini dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih
01:36berkaitan gangguan bekalan air tersebut.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments