Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kementerian Tenaga Rusia memaklumkan bahawa pasukan petugas telah ditubuhkan bersama syarikat tenaga bagi membantu memastikan bekalan bahan api kekal stabil di seluruh negara.
Transcript
00:00Kementerian Tenaga Rusia mengakui berlaku masalah bekalan bahan api sesudah serangan Ukraine terhadap infrastruktur tenaga negara itu.
00:08Menurut Kementerian itu, syarikat dalam sektor bahan api dan tenaga sejak kebelakangan ini berdepan dengan peningkatan serangan udara dari pihak
00:15musuh.
00:17Keadaan itu menyebabkan kesukaran sementara dalam bekalan bahan api di beberapa wilayah selatan.
00:22Kementerian itu memaklumkan pasukan petugas telah ditubuhkan bersama syarikat tenaga bagi membantu memastikan bekalan bahan api kekal stabil di seluruh
00:30negara.
00:31Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak pada Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg pada hujung minggu lalu mengakui negara itu menghasilkan
00:39minyak kurang daripada yang dirancang.
00:41Belum menyalahkan pengeluaran yang lebih rendah itu berpunca daripada kerja pembaikan tidak berjadual, namun tidak memberikan butiran lanjut.
00:49Kerajaan Rusia juga buat pertama kalinya mengharamkan ekspor kerosin pada peringkat awal hingga akhir November.
00:57Ukraine sejak beberapa bulan lalu melancarkan serangan drone terhadap kemudahan minyak Rusia dalam usaha mengganggu bekalan bahan api kepada tentera
01:04Rusia.
01:05Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuh terhadap Ukraine lebih empat tahun lalu.
Comments

Recommended