00:00Komitmen kerajaan untuk terus menanggung kos subsidi bahan api dilihat mampu membantu rakyat dan mengekang tekanan inflasi.
00:08Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia, FOMKAR, T. Saravanan berkata,
00:14pihaknya menyebut baik inisiatif itu kerana ia memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara.
00:23Beliau berkata, pengekalan harga minyak pada kadar semasa amat membantu dalam mengurangkan tekanan kos pengangkutan dan logistik.
00:31Selain itu, ia menjadi komponen utama dalam rantaian bekalan bagi mengelakkan kenaikan harga barangan keperluan harian.
00:38Namun FOMKAR berpandangan, harga bahan api bukan satu-satunya faktor yang menentukan harga barang.
00:44Katanya pengguna masih berdepan dengan cabaran daripada kos makanan, sewaan premis, tenaga, upah dan pelbagai kos operasi lain
00:52yang turut mempengaruhi harga di pasaran.
00:55Sementara itu, pensyarahkan dan fakulti ekonomi muamalat Universiti Sains Islam Malaysia, USIM, Muhammad Syukurharun berpandangan,
01:02dari sudut dasar awam, mekanisme subsidi pukal sedia ada bersifat regresif kerana ianya turut dinikmati oleh golongan kaya.
01:11Sekiranya subsidi bahan api dikekalkan ketika harga minyak mentah dunia melonjak, defisit fiskal negara dijangka meningkat.
01:18Keadaan itu akan menyebabkan perbelanjaan subsidi terus bertambah sehingga mengurangkan ruang peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada sektor pembangunan, pendidikan dan
01:27kesihatan.
01:29Sehubungan dengan itu, Muhammad Syukurharun mencadangkan strategi jangka panjang yang lebih lestari bagi memastikan bantuan berterusan terhadap rakyat dalam mendepani
01:37tekanan ekonomi global,
01:39antaranya pelaksanaan subsidi bersasar secara progresif.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments