00:00Mersi Malaysia menggerakkan misi bantuan kemanusiaan sesudahan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda perairan berhampiran Mindana, Filipina.
00:11Organisasi itu memaklumkan pejabatnya di Filipina kini berada di lokasi bagi menyelaras usaha awal bersama pihak berkuasa tempatan dan rakan
00:19kemanusiaan.
00:21Pada masa sama, satu pasukan dari Kuala Lumpur sedang dipersiapkan untuk ditempatkan ke kawasan terjejas dalam tempoh 24 jam bagi
00:31menjalankan penilaian pantas serta mengenalpasti keperluan mendesak mangsa.
00:36Keutamaan melibatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, tempat pelindungan kecemasan, bekalan air bersih dan bantuan asas lain.
00:45Presiden Mersi Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohamad Perdaus berkata, Filipina terus berdepan risiko bencana alam berikutan kedudukannya di kawasan
00:54sempadan plat tektonik aktif.
00:57Katanya sebagai pasukan perubatan kecemasan jenis satu yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO, Mersi Malaysia komited menyalurkan bantuan kemanusiaan dengan
01:07pantas, terselaras dan berpandukan keperluan di lapangan.
Comments