00:00Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa,
00:05Perikatan Nasional atau PN dilihat tidak efisien dan lambat bertindak sesudah kegagalan pengerusinya,
00:11Samsuri Mokhtar memainkan peranan dengan berkesan.
00:15Dakwanya Samsuri gagal mengeluarkan kenyataan rasmi atau menangani beberapa isu penting
00:21termasuk krisis politik Negeri Sembilan, Manfakat Nasional 2.0 serta hubungan antara PAS dan Bersatu.
00:28Tun Faisal turut mendakwa perbincangan mengenai persiapan PRN Johor dan Negeri Sembilan
00:34serta pembahagian kerusi masih belum dimuktamadkan walaupun DUN sudah dibubarkan.
00:40Katanya keadaan itu menyebabkan institusi pengerusi dan majlis tertinggi PN dilihat lemah
00:46apabila keputusan gabungan berkenaan boleh dipersoalkan atau dipertikaikan oleh kepimpinan PAS.
00:53Beliau turut menyokong cadangan supaya Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin
00:57kembali dilantik sebagai pengerusi PN selain mendakwa keputusan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu
01:04sudah dijangka selepas parti itu kerap memberi petunjuk akhir-akhir ini.
Comments