00:00Usaha menghidupkan semula muafakat nasional antara PAS dan UMNO
00:05berdepan halangan besar iaitu masalah kepercayaan antara kedua-dua parti.
00:10Penganalisis dari Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi berkata,
00:15walaupun ada pertemuan terbaru, MN 2.0 masih jauh untuk jadi kenyataan
00:20kerana UMNO masih curiga terhadap PAS.
00:23Menurut beliau, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man
00:26yang mahu hidupkan semula MN di Johor menunjukkan PAS sedang menguji semula kerjasama Melayu-Islam
00:33dan Johor boleh jadi medan ujian menjelang pilihan raya umum.
00:37Sementara itu, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata,
00:42gesaan itu juga berkait dengan hubungan PAS dan Bersatu yang semakin tegang
00:47dan mungkin sebagai persediaan menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.
00:52Bagaimanapun, Mazlan berpendapat UMNO mungkin akan menolak kerjasama itu
00:57kerana parti tersebut mempunyai peluang lebih baik untuk menang secara solo
01:02manakala PAS pula berpotensi mendapat lebih manfaat daripada kerjasama tersebut.
Comments