- 5 hours ago
Kejutan bekalan global boleh bergerak daripada laluan perkapalan, kos import dan harga tenaga kepada margin perniagaan serta harga barang harian. Persoalannya, adakah tekanan ini masih terkawal atau hanya belum sampai sepenuhnya ke poket rakyat?
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Bagi mula selanjutnya berkenaan cabaran inflasi dan pertumbuhan hasil unjuran AMRO, kita bersama Prof. Emeritus Dr. Bajoy Badai, Prof. Malaysia
00:08University of Science and Technology, MUSC, saya nak ucapkan terima kasih Prof.
00:12Pertama sekali apabila kita bercakap tentang krisis bekalan global, ramai terus melihat kepada harga minyak. Tetapi from an economics perspective,
00:21apakah antara risiko sebenar ataupun risiko utama yang rakyat perlu faham?
00:25Ok, bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Cik Indina. Sebenarnya krisis ini membawa kesan yang besar kerana asas krisis ialah tenaga minyak yang
00:41tersekat, lebih 20% tersekat
00:46dan ini menyebabkan kenaikan harga kos pengangkutan sehingga antara 20 hingga 35% dan kemudian dia menaikkan kos ataupun harga
01:00barang-barang di pasaran
01:01dan ini meningkatkan kos sehingga menyebabkan kadar kesejahteraan menurun. Dan persoalannya ialah adalah sangat susah untuk mengawal harga
01:21dan kerana itu adalah sangat susah untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus akan terbela.
01:35Dan Prof, Malaysia masih dilihat stabil ketika ini. Adakah ini menunjukkan ekonomi kita mempunyai buffer yang mencukupi
01:41atau sebenarnya kesan global tersebut belum sampai sepenuhnya kepada pengguna dan perniagaan?
01:47Ada kedua-duanya. Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa kita masih belum begitu merasa kesan ini.
01:55Pertamanya ialah kerana kita ada subsidi yang besar dalam bentuk tenaga. Kita memberi subsidi minyak untuk RON95 dan juga diesel
02:08dan ini melibatkan kos yang sebenarnya melebihi 6 bilion sebulan.
02:17Dan ini sangat meredakan.
02:22Tapi kemudian ini diikuti dengan peniaga-peniaga yang masih mempunyai stok penimbal, stok yang disimpan.
02:30Misalnya dalam beras kita ada stok untuk 6 bulan, untuk ayam kita hampir mencukupi dan daging dan lain-lain kita
02:38ada stok.
02:39Dan stok ini menyebabkan kita peniaga-peniaga masih dapat membekal kepada pelanggan-pelanggan
02:46walaupun mereka mungkin susah untuk mendapat bekalan baru.
02:50Dan yang ketiganya ialah kerana peniaga juga cuba untuk mengelakkan kesan keadaan pelanggan dan mengurangkan majin keuntungannya.
03:05Jadi mereka mengurangkan majin keuntungannya dan absorb kenaikan harga ini semasa.
03:13Tetapi ini tidak boleh bertahan lama.
03:16Kita akan lihat mulai bulan ini dan bulan depan kita akan melihat kesan kenaikan harga.
03:23Sebenarnya untuk perniagaan-perniagaan tunai seperti makanan, kos sudah meningkat.
03:31Ada yang sudah meningkat hampir 40% untuk barang-barang, untuk restoran misalnya.
03:37Baik, itu adalah antara kesan yang kita lihat ketika ini.
03:41Dan bagaimana sesuatu supply shock di peringkat global sebenarnya boleh bergerak daripada isu logistik dan perdagangan
03:47kepada kos hari hidup yang akhirnya dirasai oleh rakyat, Prof?
03:53Inilah yang merisaukan kerana semua negara di dunia memikirkan tentang kesejahteraan rakyat.
04:00Bagaimana nak mengelakkan kemiskinan, bagaimana nak memastikan ada makanan di atas meja.
04:07Dan apabila barang-barang tidak dapat masuk, hari ini hampir 500 ribu kontainer tergencat di tengah jalan.
04:21Dan kemudahan pengangkutan logistik telah berkurang lebih 18%.
04:33Dan ini menyebabkan dalam dunia hari ini kita mengalami pengurangan bekalan secara umum.
04:44Dan ini akan memberikan kesan jangka panjang.
04:48Kerana kesan dia adalah ke atas kos hari hidup, kesan dia ialah ke atas barang-barang
04:54yang tidak boleh diperoleh oleh pengguna-pengguna akhir yang akan menyebabkan kemiskinan nanti.
05:02Dan Prof, jika ketidakentuan global berlarutan, sektor mana yang paling ekspos dalam ekonomi Malaysia dan kenapa?
05:11Malaysia sebuah negara yang terbuka.
05:14Kita mengekspor lebih 1.6 triliun barang-barang di tahun 2025.
05:21Dan kita mengimport lebih 1.46 triliun.
05:28Dan ini menyebabkan kita sangat terdedah kepada semua kemungkinan.
05:36dalam sektor elektronik misalnya, kita sangat pesat pembangunan tetapi
05:44kita memerlukan input berkalan separuh siap daripada negara-negara barat.
05:52Dan ini tergandala disebabkan logistik dan juga kenaikan kos.
05:57Begitu juga makanan. Kita mengimport 98 bilion nilai makanan.
06:05Dan ini akan tergandala disebabkan oleh bukan sahaja barang-barang tidak wujud
06:14atau tidak dikeluarkan oleh negara pengeluar.
06:17Tapi ia juga tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia kerana masalah pengakutan.
06:22dan kerana jarak yang bertambah 14 hari, makanan ini sangat susah untuk dibawa masuk
06:28kerana sifatnya yang perishable.
06:31Dan juga yang paling penting ialah kos baja telah meningkat disebabkan baja diperbuat
06:38daripada bahan-bahan sampingan daripada petroleum ataupun minyak.
06:45dan lebih 30% kos baja meningkat dan tidak boleh diperoleh di banyak negara
06:53dan menyebabkan aktiviti pertanian tergandala.
06:56Dan ini akan memberi kesan yang besar kepada Malaysia.
07:00Kita masih mengimport hampir 40% keperluan beras kita.
07:07kita mengimport lebih daripada 90% daging lembu dan kambing dan juga ikan misalnya.
07:18So ini semua akan memberi kesan langsung kepada pengguna-pengguna akhir.
07:24Dan banyak juga negara kini memberi fokus kepada resilience atau daya tahan ekonomi mereka
07:29dengan pelbagai pendekatan yang dilakukan yang sesuai dengan keupayaan ekonomi masing-masing.
07:35Dan dalam konteks Malaysia sendiri, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan daya tahan sesuatu negara itu, Prof?
07:43Daya tahan diukur dari beberapa perkara yang paling penting.
07:46Diukur dari kebolehan negara itu menyimpan bekalan.
07:52Misalnya di Malaysia, bekalan beras kita ialah kira-kira 6 bulan.
07:58Sehingga maknanya kalau tak ada bekalan masuk 6 bulan, kita semua tak boleh makan nasi.
08:03Kemudian begitu juga bekalan-bekalan barang lain.
08:08Barang kering mungkin kita boleh menyimpan dengan banyak, lebih banyak.
08:14Tapi untuk barang-barang basah, perishable, kita tidak boleh menyimpan kerana kualitinya akan merosot.
08:24Jadi ini yang menjadi cabaran kita.
08:27Cabaran paling penting mungkin kepada kita ialah makanan.
08:31Kerana makanan kebanyakannya perishable dan ini memerlukan kita mempunyai makanan yang sentiasa segar
08:41dan terus dikeluarkan daripada ladang.
08:46Dan inilah yang menyebabkan kita perlu menekankan ke sektor keselamatan makanan kita
08:56untuk memastikan bahan makanan wujud secara segar di sepanjang masa.
09:03Dan apabila kita berdepan dengan risiko bekalan global,
09:06adakah keutama dasar perlu lebih tertumpu kepada price stability, supply security atau protecting vulnerable groups?
09:16Of course kita perlu semuanya dikaitkan dengan belanjawan juga.
09:23Maksudnya kerajaan perlu memastikan bahawa subsidi bersasari laksanakan dan subsidi yang khusus kepada barang keperluan
09:35dan juga memastikan bahawa kita menekankan pertamanya kesejahteraan rakyat.
09:45Kemudian baru kita lihat bagaimana kita nak meneruskan pembangunan untuk memastikan pembangunan kekal,
09:52pesat khususnya dalam industri perkilangan yang menyumbang,
09:56walaupun hanya menyumbang 26% daripada GDP tapi dari segi potensi dan nilainya sangat besar,
10:07industri perkhidmatan sangat terjejas kerana dia melibatkan manusia yang akan terjejas disebabkan kekurangan bekalan makanan.
10:18dan kita juga perlu melihat bagaimana misalnya rakyat ataupun isi rumah masih terus yakin dan positif
10:33untuk mereka terus berbelanja kerana kalau mereka berhenti berbelanja,
10:37ia akan menggencatkan pertumbuhan ekonomi dan kita akan terus segera masuk ke dalam era resasi ataupun kegawatan ekonomi pula.
10:50Dan melihat kepada pendekatan yang juga dilaksanakan oleh kerajaan yang sering menekankan subsidi bersasar
10:56dalam suasana global yang semakin tidak menentu kita tidak tahu berapa lama lagi dan berapa kenaikan harga akan berlaku.
11:05Jadi bagaimana pendekatan ini boleh membantu memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan?
11:13Subsidi merupakan perkara yang sangat sensitif juga di Malaysia.
11:17Kita membelanjawankan lebih daripada 50 bilion tiap-tiap tahun untuk subsidi
11:22dan tahun ini dia akan melonjak kerana untuk subsidi petrol sahaja dia boleh meningkat sampai hampir 40 bilion mungkin.
11:35termasuk diesel.
11:36Dan kerana itu subsidi perlu diatur dengan baik, subsidi bersasar hanya disasarkan kepada kumpulan yang sangat memerlukan.
11:47Semua orang memerlukan tapi kita perlu membantu kumpulan yang sangat memerlukan untuk memastikan
11:54ada makanan di atas meja setiap hari untuk mengelakkan kelaparan misalnya.
11:59dan kemudian kita perlu cuba mengawal salah guna misalnya hari ini masih lagi aktiviti penyeludupan dan aktiviti salah guna subsidi.
12:18Kalau ini boleh dikawal sebenarnya kita boleh membuat banyak penjimatan
12:25yang membolehkan kumpulan kelas menengah juga terus menikmati subsidi insyaAllah.
12:32Dan adakah Malaysia juga sebenarnya perlu kurangkan kebergantungan kepada import tertentu
12:38atau strategi yang lebih praktikal adalah untuk kita diversify pelbagaikan sumber bekalan
12:43supaya risiko dapat dikurangkan dengan lebih banyak lagi?
12:47Yang paling penting ialah kita perlu cuba mengurangkan import makanan yang hampir menjecak 100 bilion
12:58dan ini kita boleh lakukan dengan strategi keselamatan makanan yang berkesan.
13:03hari ini kita sudah merancang strategi ini lebih 30 tahun
13:08tapi perlaksananya mungkin sangat berkecamuk.
13:18Misalnya kita perlu memastikan bekalan layaman cukup, bekalan ikan yang cukup, bekalan sayur yang cukup.
13:26Jadi kalau kita boleh atur supaya semua isi rumah, petani di desa, pesawah-pesawah juga terlibat dalam aktiviti bercocok tanam,
13:40aktiviti ternakan ini, kita mungkin boleh mengatasi 1% yang besar keperluan makanan di kalangan penduduk desa dan penduduk kota.
13:51Jadi kita perlu lebih berkesan dalam melaksanakan strategi keselamatan makanan.
14:02Itu yang paling penting.
14:03Kemudian kita sebenarnya ada banyak sumber yang kita ada.
14:10Kita merupakan pengekspor minyak sawit dan minyak sawit adalah makanan keperluan yang penting.
14:16Dan kita boleh perbagaikan penggunaan ini kerana minyak sawit adalah asas yang boleh digunakan untuk membuat banyak makanan dan boleh
14:26mengganti banyak barang-barang yang diimport.
14:29Saya rasa kita perlu melihat strategi penggantian import dan strategi diversifikasi supaya kita kurang mengimport dan kita menggunakan bahan yang
14:41sedia ada di Malaysia untuk menambahkan pengeluaran makanan di dalam negara.
14:48Baik, sudah tentu sebelum kita mengakhiri perbincangan kita, Prof, berbagikan satu minit mungkin boleh kita rangkumkan.
14:54Dalam hadapi ketidaktentuan ini, kita memerlukan setiap kerjasama daripada berbagai pihak dan saw mana sebenarnya kerjasama antara kerajaan, industri dan
15:01pengguna penting untuk memastikan supply chain negara kita ke Kastabilis.
15:06Are we on the right track bagaimana?
15:07Ya, mana kita on the right track in the sense kerana kita ada strategi yang baik, kita ada kemudahan logistik
15:22dan transportation yang lengkap dan ini memerlukan kerjasama yang lebih rapat untuk memastikan
15:28dan peniaga-perniaga-perniaga kita pun berkerjasama untuk cuba menginisiasikan diversifikasi, menukar destinasi ekspor, menukar sumber daripada import dan menukar
15:42kaedah pengangkutan daripada bergantung kepada perkapalan, kepada strategi menggunakan kereta api, jalan raya dan sebagainya.
15:54Dan setelah keseluruhan ini, pengguna juga perlu terlibat untuk cuba mengurangkan penggunaan barang-barang import dan untuk cuba mewujudkan pengeluaran
16:04barang-barang tempatan.
16:06Dan jelas ketidaktentuan global mungkin berada di luar kawalan kita, namun keupayaan mengurus risiko, memperkukur daya tahan dan memastikan kesejahteraan
16:15rakyat terus terpelihara adalah tanggungjawab yang perlu diberi perhatian sejak hari ini dan bukan apabila krisis sudah berlaku.
16:22Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Prof. Maritus Dr. Barjoy Badai atas kupasan yang sangat bernilai ini.
16:28Terima kasih kerana menonton!
Comments