00:00Malaysia Petroleum Resources Corporation, MPRC, perlu memainkan peranan kepimpinan yang lebih kukuh bagi membantu syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan
00:09gas OGSE tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
00:13Menurut Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasser, langkah itu penting bagi memastikan industri lebih berdaya tahan dalam jangka panjang.
00:21Dalam satu kenyataan media, Akmal berkata krisis geopolitik di Asia Barat mengingatkan kita bahawa industri OGSE perlu bersedia menghadapi ketidaktentuan.
00:31Namun pada masa sama, apabila proses pemulihan dan pembangunan semula bermula, peluang baru akan muncul.
00:37Justru katanya syarikat OGSE Malaysia mesti bersedia bergerak awal, bersaing dengan yakin dan membawa nilai Malaysia ke luar negara.
00:46Menurut beliau, Malaysia perlu mengurangkan kebergantungan kepada pasaran domestik dan meletakkan pemain OGSE tempatan pada kedudukan yang lebih baik untuk
00:55merebut peluang di Asia Barat dan pasaran pertumbuhan lain.
00:59Subungan itu, MPRC perlu menerajui usaha ini bagi industri OGSE, bukan sahaja dari segi penyelarasan tetapi juga pelaksanaan dan pemantauan
01:08kemajuan sebenar di lapangan.
01:11Beliau berkata demikian ketika mempenguruskan mesyuarat jawatan kuasa pemandu pelaksanaan, Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan 2021 hingga 2030.
01:21Mesyuarat itu menilai kemajuan pelan berkenaan serta membincangkan usaha memperkukuh daya saing syarikat tempatan di peringkat global.
01:29Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan kekal sebagai rangka dasar utama untuk memperkukuh daya saing dan kehadiran industri Malaysia di pasaran
01:38antarabangsa.
01:38Sejak 2021, lebih RM77 juta perolehan berjaya dijana melalui projek yang dikomersialkan di bawah geran pembangunan OGSE.
01:48Geran itu kini diteruskan di bawah RMK13 dengan padanan sehingga RM250,000 bagi menyokong inovasi dan ekspor syarikat tempatan.
01:58Sehingga Mei 2026, lebih 600 syarikat OGSE telah menerima sokongan melibatkan pembangunan teknologi, pembiayaan dan akses pasaran selain menjana lebih
02:09RM2 bilion jualan ekspor.
Comments