Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Menurut kajian yang dikeluarkan AMRO, unjuran inflasi bagi rantau itu juga dijangka mencecah 1.8 peratus berbanding 1.4 peratus ketika ini, sekali gus mencerminkan kesan gangguan perang Asia Barat.
Transcript
00:00Dan jika krisis Asia Barat belum reda sepenuhnya, pertumbuhan ASEAN campur 3 berisiko untuk susut kepada 2.5%, manakala inflasi
00:10dijangka meningkat 3.5%. Ia sekaligus menjadikan ia inflasi tertinggi selepas pandemik. Itu laporan yang didedahkan Pejabat Pelidikan Makro Ekonomi
00:20ASEAN Plus 3, AMRO.
00:23Menurut laporan itu lagi, setakat ini isyarat awal gangguan input industri juga kelihatan termasuk helium, sulfur dan baja meskipun kesan
00:32meluas terhadap pasaran bajaya dielakkan.
00:34Ketika ini, pertumbuhan ekonomi bagi wilayah ASEAN campur 3 dijangka mencecah 4% bagi 2026.
00:40Menurut kajian yang dikeluarkan AMRO, unjuran inflasi bagi rantau itu juga dicangka mencecah 1.8% berbanding 1.4%
00:50ketika ini sekaligus mencerminkan kesan gangguan Perang Asia Barat.
00:54Ketua Ekonomi AMRO, Dong Hee berkata, pertumbuhan ASEAN campur 3 disokong permintaan domestik yang kukuh selain eksport teknologi yang tinggi.
01:02Laporan ini dikeluarkan ketika dunia berdepan tekanan harga tenaga komoditi dan logistik.
01:07Meskipun pertumbuhan suku pertama kukuh berbanding jangkaan, namun impak penuh peperangan Asia Barat masih belum dizahirkan dalam angka terbaharu.
01:16Tambah beliau, harga tenaga dan input industri yang mahal selain ketidaktentuan tarif dijangka mewujudkan impak yang tidak sekata bagi ASEAN
01:24campur 3.
01:25Bagi negara yang menjadi pengimport bersih tenaga, kesan besar input akan lebih kuat dirasai.
01:32Menurut Dong Hee, disebalik ketidaktentuan itu, tindak balas dasar perlu anjal dan bantuan harus bersasar dan bersifat sementara.
01:40Untuk jangka panjang pula, usaha harus ditumpukan kepada sekuriti tenaga, daya tahan rentaian bekalan dan integrasi serantau.
Comments

Recommended