00:00Muhyiddin Yassin wajar kembali menjadi pengurusi Perikatan Nasional atau PN.
00:06Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr. Afif Bahardin,
00:11berkata perkara itu timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang
00:15mengumumkan parti itu memutuskan hubungan kerjasama dengan bersatu.
00:20Menurut Afif, keputusan itu membuka lembaran baru dalam PN
00:25dan memerlukan kepimpinan yang mampu menyatukan semula gabungan tersebut.
00:30Katanya PN tidak perlukan retorik tetapi pemimpin yang boleh menenangkan keadaan
00:36dan membina semula kekuatan gabungan itu
00:39dan beliau melihat Muhyiddin mempunyai kredibiliti itu.
00:44Beliau juga menifatkan Muhyiddin sebagai pemimpin sederhana dan inklusif
00:49yang mengutamakan mesyuarah dalam suasana politik penuh bersaingan.
00:54Afif terus menegaskan kekuatan PN sebelum ini datang
00:58daripada gabungan pelbagai kelompok rakyat, bukan satu parti sahaja.
01:03Jawatan pengurusi PN kini disandang Ahmad Samsuri Mokhtar.
Comments