Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
IAEA menyeru rundingan dengan Iran disambung semula susulan kekangan akses ke kemudahan nuklear.
Transcript
00:00Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA Rafael Mariano Grossi menggesa agar dialog dengan Iran berhubung program nuklian negara itu
00:09disambung semula di tengah-tengah ketegangan perterusan di Asia Barat.
00:13Beliau berkata, libat urus antara pihak berkaitan kekal penting walaupun keadaan semasa mungkin tidak membolehkan pemeriksaan dijalankan dengan sepenuhnya.
00:22Grossi menjelaskan, walaupun konflik bersenjata menjejaskan operasi di lapangan, masih terdapat ruang untuk meneruskan komunikasi antara pihak berkaitan.
00:32Menurutnya, dialog antara IAEA dan Iran ketika ini masih terhad sekaligus menambah kerumitan terhadap usaha pemantauan program nuklian negara berkenaan.
00:42Beliau turut menegaskan bahawa IAEA tidak pernah membuat kesimpulan bahawa Iran sedang membangunkan senjata nuklian
00:49sambil menjelaskan pihaknya tidak berada dalam kedudukan untuk membuat penilaian sedemikian.
00:55Kekangan tersebut berpunca daripada ketidakan akses ke beberapa kemudahan utama Iran sejak hampir setahun lalu.
01:02Grossi berkata, pada Februari 2026, agensi itu terpaksa menghentikan semua aktiviti pengesahan di lapangan susunan konflik ketenteraan yang berlaku.
01:11Namun, sebahagian aktiviti pemeriksaan berjaya disambung semula minggu lepas termasuk pemeriksaan rutin di loji tenaga nuklear Busheher.
01:19Menurut beliau, kekurangan akses maklumat yang berterusan menyebabkan IAEA tidak dapat mengesahkan sepenuhnya status aktiviti nuklear Iran
01:27termasuk pengaihan uranium dan operasi berkaitan yang lain.
01:31Situasi ini meningkatkan kebimbangan antarabangsa terhadap ketelusan program nuklear Iran dan kesannya terhadap keselamatan serantau.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended