Skip to playerSkip to main content
  • 23 hours ago
Isu pelarian merupakan isu berpanjangan yang memerlukan pendekatan pengurusan yang menyeluruh dan bertanggungjawab.
Transcript
00:00Malaysia perlu menguruskan isu pelarian secara bijaksana dan seimbang dengan mengambil kira aspek keselamatan negara serta pertimbangan kemanusiaan.
00:09Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu pelarian yang berada di negara ini bukanlah masalah baru atau
00:15sementara,
00:16malah isu berpanjangan dan memerlukan pendekatan pengurusan yang menyeluruh serta bertanggungjawab.
00:24Tegasnya kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi terhadap aspek keselamatan negara.
00:29dan dakwaan mengatakan identiti atau dokumen yang diberikan secara sewenang-wenangnya kepada pelarian adalah tidak berasas.
00:36Ya, ia perlu diuruskan.
00:39Berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa dan mengharap keadaan berubah. Itu tak akan berlaku.
00:46Ini kita kena uruskan.
00:49Dalam menguruskan permasalahan ini,
00:54dia harus ada pertimbangan-pertimbangan yang jelas.
00:59Kita tak akan kompromis isu keselamatan sama sekali.
01:03Kalau ada fitnah di luar yang mengatakan bahawa kita memberi identiti diri sewenang-wenangnya.
01:09Soalnya itu saja kerja Datuk Bat,
01:12Ketua Pengarah JPN.
01:14Kamu pelarian? Nah, I see. Begitu saja.
01:16Soal negara kita ini tak ada sistem, tak ada undang-undang.
01:20Seolah negara kita ini macam negara koboi.
01:23Begitu cuba digambarkan.
01:25Aspek keselamatan tidak akan kita kompromi sama sekali.
01:29Jelasnya, Malaysia bukan negara yang menandatangani konvensyen pelarian 1951,
01:34manakala peranan pendaftaran dan penempatan semula pelarian ke negara ketiga
01:38dilaksanakan oleh Suruhan Jaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian, UNHCR.
01:45Bagaimanapun, katanya perubahan landscape geopolitik dunia menyaksikan semakin kurang negara ketiga
01:50yang bersedia menerima pelarian sekaligus
01:53menyebabkan sebahagian besar mereka terus berada di negara transit
01:56termasuk Malaysia untuk tempoh yang lebih lama.
02:00Itu tugas hakiki UNHCR.
02:02Daftar, kemudian hantar ke negara ketiga.
02:07Sementara itu berlaku, maka keberadaan mereka dalam negara kita.
02:13Ada timbul keresahan masyarakat, ya.
02:16Ada kesan ekonomi, kesan sosial, kesan keselamatan, ya.
02:20Tapi sebuah negara yang bertanggungjawab, kita kena uruskan.
02:24Ianya bukan semudah turut mendokong inisiatif halau.
02:29Sudah, tutup itu, begitu.
02:32Kerajaan yang bertanggungjawab, bukan begitu cara kita bekerja.
02:36Tambahnya lagi, pengurusan isu pelarian juga perlu mengambil kira kedudukan
02:40serta tanggungjawab Malaysia di peringkat antarabangsa.
Comments

Recommended