Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Lebih 30,000 peminat bola sepak dari seluruh Pahang membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Pelancaran Liga Rakyat Pahang 1st merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026.
Transcript
00:00Stadium Darumakmul Kuantan kembali bergegar apabila lebih 30 ribu penyokong memenuhi gelanggang keramat itu
00:06bagi menyaksikan pelancaran Liga Rakyat Pahang First, Piala Al-Sultan Abdullah,
00:11sekaligus mengubati kerinduan peminat terhadap suasana meriah bola sepak Pahang.
00:15Pengajaran Liga yang julung kali diadakan itu dilihat sebagai langkah penting
00:20untuk menghidupkan semula sukan bola sepak di peringkat akar umbi,
00:24selaras dengan titah ke bawah duli paduka baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah,
00:28Riyatuddin Al-Mustafa Bilah Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.
00:35Liga berkenaan turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri Pahang
00:38di bawah pimpinan Menteri Besarnya Datuk Sriwarus Diwan Ismail
00:42bagi memperkasakan pembangunan bola sepak dan mencungkil bakat baharu di seluruh negeri.
00:48Kalau dalam game yang sebelum ini sekitar 7-8 ribu, tapi kehadiran malam ini lebih 30 ribu.
00:57Sudah pasti suasana malam ini menyuntik semangat baru dan memuka lembaran baru
01:04kepada sukan bola sepak untuk Pahang itu sendiri.
01:10Menurut pengerusi jawatan kuasa komunikasi dan multimedia,
01:14belia sukan dan badan-badan bukan Kerajaan Negeri Pahang,
01:17Fadhi Muhammad Kamal, sambutan luar biasa yang ditunjukkan penyokong malam tadi,
01:22membuktikan minat terhadap bola sepak masih menebal dalam kalangan peminat sukan itu.
01:28Beliau berkata Liga Rakyat Pahang First akan bermula di peringkat daerah dalam tempoh 2 minggu lagi
01:34dengan setiap daerah menyertakan sekurang-kurangnya 12 pasukan
01:38bagi bersyain merebut Piala Al-Sultan Abdullah dan hadiah utama wang tunai RM40,000.
01:43Manakala, pusingan akhir beringkat negeri pula dijadualkan berlangsung pada penghujung Ogos nanti.
01:50Sementara itu, keterujaan turut dirasai dalam kalangan penyokong yang hadir menyaksikan acara bersejarah tersebut.
01:57Seorang penyokong setiap Pahang, Faring Salin, menifatkan kembali meriahnya Stadium Darul Makmo
02:02sebagai sesuatu yang sudah lama dilantikan oleh peminat bola sepak negeri ini.
02:07Pada saya, perasaan yang tak dapat digamalkan pada hari ini sangat-sangat bergembira
02:13terutama kemeriahan sebegini di Stadium Darul Makmo sudah lama menyepi.
02:19Hari ini kita kembali untuk meraihkan suatu benda yang kebiasaan rakyat Pahang
02:25atau penyokong-penyokong setia Pahang untuk menonton pasukan pilihan Pahang sendiri.
02:32Beliau berharap Liga Bola Sepak Rakyat Pahang first menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim,
02:38mencungkil bakat-bakat baharu dan mengembalikan Pahang sebagai antara kuasa utama bola sepak negara.
02:45Dalam aksi persahabatan yang menjadi pembuka tirai pelancaran Liga,
02:49pilihan Pahang berjaya menewaskan pilihan Selangor 2-1 di hadapan lautan penyokong yang memenuhi Stadium Darul Makmo.
Comments

Recommended