00:00Hanya Premier Sarawak yang boleh memberikan gambaran mengenai bila pilihan rai negeri akan diadakan.
00:06Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan
00:12penentuan tarikh sebenar PRN Sarawak akan datang kekal sebagai prerogatif Tan Sri Abang Johari Tonopeng.
00:21Memetik laporan Borneo Post, Abdul Karim berkata prerogatif dan budi bicara terletak pada Premier
00:26untuk menentukan masa yang sesuai bagi membubarkan dun.
00:31Beliau mengulas kenyataan timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kuihian
00:35bahawa pilihan raya mungkin diadakan dalam tempoh 100 hari akan datang.
00:40Abdul Karim berkata pandangan berkenaan adalah penilaian peribadi Dr. Sim berdasarkan lanskap politik semasa.
00:47Bagaimanapun kemungkinan itu tidak boleh diketepikan memandangkan perkembangan politik yang berlaku di semenanjung Malaysia.
00:53Abdul Karim berkata semua parti politik sedia maklum bahawa PRN mesti diadakan tahun ini
01:00memandangkan tempoh dun semasa akan berakhir pada awal tahun hadapan.
01:04Beliau menambah penganjuran PRN dan Parlimen secara berasingan dalam tempoh yang singkat
01:10akan melibatkan perbelanjaan yang jauh lebih tinggi berbanding jika kedua-duanya diadakan serentak.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments