Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Hampir 1.5 juta penyokong membanjiri jalan-jalan di utara London bagi meraikan kejayaan Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus mencetuskan suasana luar biasa di ibu kota England.
Transcript
00:00Hampir 1.5 juta penyokong membanjiri jalan-jalan di utara London bagi meraikan kejayaan Arsenal menjuari Liga Perdana Inggeris EPL
00:09sekaligus mencetuskan suasana luar biasa di ibu kota England.
00:13Lautan merah putih itu memenuhi laluan utama sejak awal hari apabila penyokong mula berkumpul membawa bendera selendang serta melaungkan sorakan
00:23sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada The Gunners.
00:37Skuad kenalian Mikkel Al-Teta diarap menggunakan bas terbuka sambil mempamerkan trofi EPL dengan para pemain dan barisan kejuru latihan
00:46melambai ke arah penyokong yang tidak henti-henti menyanyikan lagu klub sepanjang laluan perarakan.
00:58Kejayaan itu hadir selepas Arsenal menamatkan penantian selama 22 tahun untuk kembali bergerak juara Liga sekaligus menghidupkan semula era kegimlangan
01:07klub London berkenaan.
01:09Walaupun masih dibayangi kekecewaan selepas tewas dalam final Liga juara-juara Eropah sahari sebelum itu, sambutan di jalanan tetap berlangsung
01:17meriah mencerminkan sokongan padu penyokong terhadap perjalanan musim yang dianggap luar biasa.
01:24Menurut Polis Metropolitan London, kehadiran penyokong dianggarkan mencecah sekitar 1.5 juta orang sekaligus menjadikan perarakan itu antara yang terbesar
01:34pernah direkodkan dalam sejarah bola sepak England.
01:37Perarakan bersejarah itu turut mengukuhkan status Arsenal sebagai antara kuasa utama bola sepak England ketika ini dengan harapan tinggi agar
01:45kejayaan musim ini menjadi permulaan kepada lebih banyak trofi pada masa hadapan.
02:00Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended