Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Borneo Island International Bike Festival 2026 menghimpunkan lebih 1,200 penunggang motosikal berkuasa besar dari dalam dan luar negara, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai acara penting pelancongan Sarawak.
Transcript
00:00Bukan sekadar acara permotoran tahunan, Borneo Island International Bike Festival, BIIB, kini aktiviti penting dalam kalender pelancongan Sarawak.
00:10Kerana itulah edisi tahun 2006-nya yang menjadi acara yang amat dinantikan.
00:16Selama tiga hari bermula Jumaat, ribuan penunggang motosikal berkuasa besar kini melatari bandaraya Kuching dengan pelbagai jenis motosikal dan derumannya.
00:28Pada Sabtu, konvoi berkenaan menuju ke kampung Bako Kuching bagi beriadah dan menyantuni penduduk setempat.
00:35Menurut Presiden Borneo Island Bike Sarawak BIBS Ramli Tuah, untuk edisi ke-29 acara ini, Sarawak telah dipilih menjadi tuan
00:45rumah dan menarik kehadiran lebih 1,200 penunggang yang datang dari pelbagai negara.
00:50Kebanyakan peserta sekarang ini, kalau dari luar negara adalah daripada Indonesia, yang mana penyertaannya melebihi daripada 300 lebih, mencecah hampir
01:01ke 400.
01:02Lepas itu daripada Brunei, Darussalam lebih kurang dalam 300 lebih juga.
01:06yang datang dari Sabah, Sabah dalam 200 dan wilayah persekutuan dalam 120 orang dan yang selebihnya adalah daripada Sarawak.
01:18Dan total keseluruhan penyertaan pada kali ini adalah seramai 1,225 orang.
01:26BIIBF dianjurkan oleh lima kelab utama di Borneo dan menjadi simbol penyatuan komuniti ini sepanjang tahun.
Comments

Recommended