Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Cubaan pihak tertentu mengambil alih kepimpinan Persatuan Nelayan Kawasan Kalabakan mencetuskan keresahan nelayan tempatan, ketika proses kelulusan penubuhannya hampir dimuktamadkan selepas hampir tiga tahun diusahakan.
Transcript
00:00Sebuah pihak tertentu dipercayai mahu mengambil alih kepipinan Persatuan Nelayan Kawasan atau PNK Kalabakan
00:07mencetuskan keresahan dalam kalangan nelayan tempatan.
00:11Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suriandi Bandi mendakwa
00:14tindakan itu berlaku ketika proses kelulusan penubuhan PNK berkenaan kini
00:19di peringkat akhir selepas diusahakan hampir tiga tahun oleh sekumpulan nelayan di kawasan itu.
00:27Menurut Andi, permohonan rasmi penubuhan PNK Kalabakan sudah dikemukakan sejak September 2023
00:34dan turut dibawa ke Dewan Rakyat bagi memastikan ia mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan.
00:40Namun beliau mendakwa muncul satu kumpulan lain yang cuba mengambil alih kepimpinan
00:45serta pengurusan PNK berkenaan ketika proses kelulusan hampir dimuktamadkan.
00:51Sekarang sudah mau lulus ada lagi pula tiba-tiba satu pihak ini cuba mengambil alih pengurus kepimpinan
00:59mungkinlah ada udang di sebalik batu, ada agenda tertentu, agenda tersirat
01:04tetapi kita mahu perkara ini kalau boleh diselesaikan segera mengikut undang-undang
01:10ataupun syarat yang telah ditetapkan.
01:13Tetapi ia menimbulkan satu persepsi yang buruk berkenaan LKIM, berkenaan MOA secara keseluruhannya
01:23dan saya akan bawa perkara ini ke peringkat yang lebih tertinggi.
01:25Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nasib nelayan Kalabakan di Tawau pada Ahad.
01:31Beliau turut menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, LKIM dan pihak berkaitan
01:36supaya mempercepatkan proses kelulusan selain memastikan tiada campur tangan pihak tertentu yang mempunyai agenda tersirat.
01:44Katanya kelewatan penubuhan PNK Kelabakan boleh menjejaskan kebajikan nelayan
01:48terutama membabitkan akses subsidi, bantuan kerajaan dan program pembangunan komuniti.
01:54Terima kasih kerana menonton!
01:54Terima kasih kerana menonton!
01:55Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended