Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Hampir 800 hari isteri pergi, lelaki ini tetap setia ziarah pusara... “Saya tak pernah jumpa perempuan macam dia”

Category

People
Transcript
00:00Saya tak pernah jumpa perempuan macam ni.
00:01Memanglah saya ada seorang di isteri,
00:03tapi maksud saya saya tak pernah jumpa orang yang macam ni.
00:05Yang dia punya dedikasi terhadap suami tu sangat tinggi.
00:09Kalau lah doktor kata,
00:10oh, puan, suami puan ni dia eksiden.
00:13Dia tak ada jantung lepas ni.
00:14Tuan, puan kena bagi jantung.
00:15Saya percaya seribu peratus dia akan bagi jantung dekat saya.
00:19Kasih seorang suami terhadap isteri yang telah pergi buat selama-lamanya
00:24sememangnya sukar digambarkan dengan kata-kata.
00:27Begitulah perasaan yang dilalui Azrin Aziz
00:31apabila hampir 800 hari hidup tanpa insan tercinta di sisi.
00:36Bagi lelaki berusia 50 tahun ini,
00:39kehilangan Allahyarham istrinya Nur Hazamiah Luqman
00:42bukan sekadar meninggalkan kenangan,
00:45malah satu ruang kosong yang tidak mungkin dapat diganti.
00:50Malah pusara arwah kini ibarat rumah kedua
00:53buatnya demi melepaskan rindu yang tidak pernah padam.
00:57ikuti perkongsian Azrin tentang rutin hariannya
01:00menziarahi pusara isteri tercinta.
01:03ziarah kubur ni dah lama.
01:05Semenjak arwah meninggal 14 Mac tahun 2024.
01:08Menjak daripada hari tu, saya setiap hari akan ziarah beliau.
01:12Dia dah jadi perkara biasa bagi saya pergi
01:13sebab saya rasa macam jelah kita dah berkahwin lama.
01:17Saya dah kenal arwah ni dah 30 tahun.
01:19Jadi untuk tiba-tiba dia tak ada dalam hidup saya ni,
01:25saya rasa macam saya tak boleh bernafas.
01:27saya mengenang arwah ni jasa dia dalam menjadi isteri saya ni,
01:34dia memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup saya.
01:36Maksudnya dalam mencorak peribadi saya untuk menjadi suami yang baik,
01:41yang bertanggungjawab, dia banyak mencorakkan hidup saya.
01:45Saya ni hubungan ni tu macam lebih daripada sekadar teman hidup biasa.
01:50Dia macam sebahagian daripada jiwa saya.
01:53asbab dia, bila saya ziarah dia, saya akan baca doa, saya mengaji.
01:57Jadi saya semakin rapat dengan Al-Quran.
01:59Daripada saya merangkak, Alhamdulillah saya dah boleh baca dengan lebih baik daripada dulu.
02:04Maknanya Allah gantikan kekosongan saya tu dengan something yang lebih dahsyat iaitu Al-Quran.
02:10Saya selawat, saya mengaji, saya doa.
02:13Saya tak putus harapan.
02:14Dan saya ambil inspirasi daripada isteri saya ni,
02:18yang masa hidup dia sangat ceria, sangat berdedikasi.
02:22Dia punya dedikasi kepada saya tu, saya, bagi saya lah, bagi pihak saya,
02:26saya tak boleh jumpa perempuan macam ni.
02:28Memanglah saya ada seorang di isteri, tapi maksud saya, saya tak boleh jumpa orang yang macam ni.
02:32Yang dia punya dedikasi terhadap suami tu sangat tinggi.
02:36Kalau lah doktor kata, oh puan, suami puan ni dia eksiden, dia tak ada jantung lepas ni.
02:40Tuan, puan kena bagi jantung.
02:42Saya percaya seribu peratus dia akan bagi jantung dekat saya.
02:46Dan sebab tu bila saya pergi jumpa dia, saya kata,
02:48kalau saya pergi hari-hari, saya rasa macam hati tu puas dapat jumpa dia.
02:52Walaupun tak nampak, tapi duduk sebelah dia tu,
02:55walaupun setengah jam, satu jam sehari, dulu 24 jam.
02:59Tapi satu jam tu, dapat duduk sebelah dia.
03:01Sambil-sambil tu, saya letak bunga, saya ambil gunting, saya terim rumput-rumput tu.
03:06Sambil terim tu, sama ada saya mengaji, saya doa, saya borak-borak dengan dia.
03:09Sambil terim tu, saya cakap lah, saya sunyi sekarang, tapi Alhamdulillah, saya makin kuat.
03:13Saya beritahu lah, anak-anak dah habis universiti, Alhamdulillah,
03:17anak-anak masuk universiti, saya tak ada pinjam peti-peti,
03:19contohlah macam tu, syukur macam tu.
03:22Sambil-sambil potong rumput tu, itulah saya sembang-sembangkan dengan dia.
03:26Isteri saya ni, dia pecinta kucing.
03:28Jadi, saya ingat, satu ketika dulu, kita ada terlampau banyak kucing.
03:31Tapi, walaupun dia dah tak ada, saya teruskan saya punya sayang pada kucing ni,
03:36menyambung legasi dia.
03:37Sekarang, saya ada 20 ekor kucing dekat rumah yang saya jaga dengan anak-anak.
03:41Dulu, masa arwah ada, ada 40-50 ekor.
03:44Dan, walaupun kita ni bukan orang senang,
03:46dan makanan kucing, tuan-tuan, tuan tahulah, mahal, penjagaan mahal.
03:50Tapi, dia macam tak patahkan semangat kita untuk teruskan jaga sayang mereka orang.
03:55Walaupun rumah kita tak cantik macam hotel,
03:58tapi hati kita tu sentiasa damai dia kat rumah, kan?
04:01Dan, walaupun isteri dah tak ada, saya tetap jaga kucing.
04:04Kucing saya dah kuranglah, banyak yang dah meninggal.
04:06sebab kucing ni, dia ada macam satu pertalian yang rohani dengan orang yang dia sayang.
04:12So, bila isteri saya meninggal, dalam tempoh 2 tahun,
04:1520 lebih ekor kucing saya meninggal.
04:17Tanpa alasan ataupun sebab-sebab yang menasabang.
04:20Maknanya, hidupan saya ni, walaupun isteri tak ada,
04:23apa yang saya amalkan dengan dia tu, selama 25 tahun kita kahwin tu,
04:27itulah yang saya amalkan.
04:28Saya tak ada ubah pun.
04:30Banyak sangat orang kata, saya tak move on,
04:33saya tak redha, saya kata, saya redha, saya move on.
04:36Cuma, saya masih bercinta dengan dia sebenarnya.
04:38Itu je ke?
04:39Ada orang tanya, kau tak nak ke kahwin lagi ke,
04:42apa ke, cari pengganti.
04:43Saya kata ni bukan soal pengganti.
04:45Kahwin lagi adalah maknanya,
04:47saya buka satu lembaran baru dalam hidup saya.
04:50Saya takut, kalau, kalau,
04:52katalah saya berkahwin,
04:53saya takut, kalau saya ada anggapan dia sebagai pengganti,
04:57dia akan mengalami masalah yang berat nanti.
04:59Saya akan bandingkan masakan dia,
05:01saya akan bandingkan cara pakaian dia,
05:04bau-bauan yang dia pakai.
05:05Jadi, nanti hidup dia tak bahagia, saya tak bahagia.
05:07Jadi, saya beranggapan,
05:08kalau Allah hantar jodoh bagi saya,
05:10itu lembaran baru.
05:11Jadi, barulah saya rasa saya boleh sesuaikan keadaan.
05:13Saya tak boleh kata,
05:15oh, ni pengganti, pengganti tak boleh.
05:17Mana boleh cari pengganti.
05:19Yang dah bersama kita,
05:20susah senang, Tuan.
05:21Susah senang bersama,
05:22dah untuk 30 tahun tu.
05:24Tak mungkinlah, Tuan.
05:25Tak mungkinlah.
05:25Bersama.
05:26Terima kasih.
05:27Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended