Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kes saman fitnah bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap Badrul Hisham Shaharin selesai selepas aktivis itu membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Transcript
00:00Aktivis politik Badru Hisham Syaharin atau Cikgu Bad membuat permohonan maaf kepada Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai dakwaan projek rancangan
00:08tempatan banjir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
00:10Hakim Gan T. Cheong pada isnin merekodkan penghakiman persetujuan dengan terma penyelesaian yang dinyatakan dalam draft persetujuan kedua-dua pihak.
00:20Cikgu Bad yang membacakan penghakiman persetujuan bersama berkata beliau mengakui dakwaannya terhadap bekas materi sumber asli dan kelestirian alam itu
00:29adalah palsu dan tidak berasas.
00:32Beliau turut menyatakan menarik balik dakwaan terhadap Nik Nazmi dan memberi aku janji untuk tidak mengulangi atau menyebarkan sebarang kenyataan
00:41atau dakwaan lanjut mengenai perkara itu.
00:44Tambahnya, segala perkataan yang dipersoal serta pautan dalam semua akaun media sosial dan laman webnya akan diturunkan.
00:52Sementara itu, Hakim turut mengarahkan Cikgu Bad untuk menyiarkan video permohonan maaf di mana-mana akaun media sosialnya dalam tempoh
00:5824 jam agar tidak dikenakan tindakan menghina mahkamah.
01:02Pada 15 Januari 2024, Nik Nazmi menfaikan saman mendakwa Cikgu Bad memuat naik lima kenyataan berunsur fitnah terhadapnya melalui akaun
01:11media sosial pada 20 dan 29 Disember 2023.
01:15Nik Nazmi selaku plantif mendakwa kenyataan itu antaranya membawa maksud plantif berbohong, kononnya terdapat tender terbuka dalam proses perolehan dan
01:25wujud unsur rasuah dalam projek RBT menyebabkan kos meningkat kepada RM16.6 bilion.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended