Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab terhadap kerugian AS$1.18 bilion dialami SRC International Sdn Bhd, selain mengarahkan bayaran keseluruhan AS$1.3 bilion susulan dapatan penyalahgunaan kedudukan dan niat tidak baik.
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab terhadap kerugian 1.18 bilion dolar
00:09Amerika atau 4.7 bilion ringgit yang dialami oleh SRC International Sendiran Berhad.
00:15Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainul mengeluarkan perintah supaya Najib membayar kepada SRC International sebanyak 1.3 bilion dolar Amerika atas
00:25kesalahan menyalahgunakan kedudukan selain merancang penyelewengan dana berjumlah 120 juta dolar Amerika ke dalam akaun peribadinya.
00:32Jumlah pampasan itu merangkumi 1.18 bilion dolar Amerika bagi kerugian dialami syarikat serta 120 juta dolar Amerika sebagai ganti
00:44rugi yang telah ditaksirkan.
00:46Manakala kos guaman akan diputuskan mahkamah dalam masa terdekat. Mahkamah turut membenarkan penangguhan pelaksanaan sementara dalam tempoh 14 hari bagi
00:55membolehkan Najib mengemukakan permohonan rasmi penangguhan pelaksanaan keputusan.
01:00Dalam pada itu, Hakim memaklumkan penghakiman ingkar telah direkodkan ke atas defendant kedua, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik
01:09Faisal Arif Kamil yang belum dapat dikesan.
01:12Ketika sesi penghakiman sedang berjalan, mahkamah memutuskan Najib merupakan pengarah bayangan kepada SRC International.
01:20Najib didakwa mempunyai kawalan meluas terhadap urusan syarikat termasuk keputusan berkaitan pinjaman, pemindahan dana dan pelaburan tanpa pengawasan sewajarnya atau
01:32usaha wajar.
01:34Mahkamah juga mendapati Najib dengan sengaja memintas mekanisme pelindungan termasuk kawalan berkanun dan institusi bagi mempercepatkan penyaluran dana kepada entiti
01:45luar pesisir.
01:46Dalam masa sama, Hakim juga menegaskan Najib gagal menyelia penggunaan pinjaman RM4 bilion daripada kumpulan wang persaraan mendapatkan semula dana
01:57yang diselewing atau memulakan siasatan.
02:01Perkara tersebut bagaimanapun telah mengukuhkan dapatan bahawa beliau bertindak dengan niat tidak baik.
02:07Untuk rekod, mahkamah telah menolak dawaan terhadap bekas pengarah SRC International selaku pihak ketiga dengan kos serta menolak hujah Najib
02:16bahawa kerugian syarikat berpunca daripada kecuaian para pengarah selain menegaskan dawaan tersebut tidak memutuskan rantaian punca kerugian.
02:26Kes terhadap bekas pengurusi dan pengarah lain sebelum ini digugurkan oleh SRC International namun mereka dinamakan semula sebagai pihak ketiga
02:37oleh Najib dalam prosiding ini.
Comments

Recommended