Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Kestabilan dan kemajuan dinikmati Sabah pada hari ini adalah hasil kesepakatan serta komitmen bersama antara kerajaan negeri dan rakyat bagi memperkukuh ekonomi sekali gus meningkatkan kesejahteraan sosial meskipun berdepan pelbagai cabaran mahupun perubahan.
Transcript
00:00Kestabilan dan kemajuan dinikmati Sabah pada hari ini adalah hasil kesepakatan serta komitmen bersama antara kerajaan negeri dan rakyat
00:07bagi memperkukuh ekonomi sekaligus meningkatkan kesejahteraan sosial meskipun berdepan pelbagai cabaran mahupun perubahan.
00:15Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata kerjasama erat antara keduanya membolehkan Sabah terus melangkah kehadapan
00:22termasuk dalam usaha memastikan pembangunan lebih inklusif dan seimbang khususnya di kawasan luar bandar.
00:30Beliau berkata Sabah memperlihatkan perkembangan memberangsangkan dalam sektor ekonomi, pelaburan dan pembangunan infrastruktur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
00:41Tegasnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkukuh asas ekonomi negeri melalui pemerkasaan sektor utama seperti pertanian, pelancongan, perindustrian serta ekonomi
00:53berasaskan sumber.
00:54Tegas Musa lagi, usaha menarik pelaburan domestik dan asing turut dipergiatkan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan
01:04mampan.
01:05Beliau berkata demikian dalam perutusan khas sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-75 yang di Pertua Negeri Sabah di Istana
01:13Seri Kinabalu pada Isnin.
01:15Tun Musa menyampaikan perutusan khas itu pada istiadat penguniaan darjah-darjah kebesaran dan bintang-bintang serta pingat-pingat negeri Sabah
01:24yang menyaksikan 90 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat masing-masing.
01:30Turut hadir Kedua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Jinor dan Barisan Pemimpin Kerajaan Negeri.
01:35Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended