Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Malaysia diundi menentang Jepun pada Kejohanan Badminton Piala Thomas 2026 yang dijadualkan berlangsung di Horsens, Denmark, dari 24 April hingga 3 Mei ini.
Transcript
00:00Malaysia diundi menentang Jepun pada kejuangan badminton Piala Thomas 2026 yang akan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga
00:093 Mei ini.
00:11Dalam undian peringkat kumpulan yang diadakan di Ibu Perjabat Persekutuan Badminton Dunia, BWF pada Rabu, skuad lelaki kebangsaan diletakkan dalam
00:17kumpulan B bersama Jepun dan dua lagi pasukan Eropah iaitu England dan Finland.
00:24Di atas kertas, Jepun yang juga juara berpasukan Asia 2026 bakal memberikan cabaran getir kepada pasukan negara kerana mereka memiliki
00:33skuad seimbang dalam kedudu kategori perseorangan lelaki dan beregu.
00:37Sebaliknya, ujian sebenar Malaysia terletak pada konsistensi kamp perseorangan.
00:42Kem perseorangan lelaki yang berpotensi menampilkan pemain nombor 23 dunia, Leong Jun Hao, Justin Ho, nombor 38 dunia dan pemain
00:51profesional Lee Zija, nombor 86 dunia setakat ini melalui musim yang kurang memerangsangkan.
00:57Pasukan Malaysia juga perlu berwaspada terhadap England yang menambatkan saingan di tempat ketiga kejuangan badminton berpasukan lelaki Eropah dan dijangka
01:05mempertaruhkan pasangan beregu lelaki utama mereka, Ben Lane dan Sean Vandy.
01:10Sementara itu, skuad wanita kebangsaan mendapat laluan yang memihak kepada mereka dalam Piala Uber 2026.
01:17Skuad wanita Malaysia diundi dalam kumpulan B yang menyaksikan mereka bakal menentang juara enam kali Jepun diikuti Turki dan Afrika
01:25Selatan.
01:25Dengan undian ini, pasukan wanita kebangsaan berpeluang cerah untuk marah ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak edisi 2010
01:33dengan syarat mereka mampu mencatat kemenangan meyakinkan ke atas Turki dan Afrika Selatan.
01:38Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan Piala Thomas dan Piala Uber akan marah ke peringkat suku akhir.
01:45Malaysia kali terakhir menjulang trofi Piala Thomas pada edisi 1962 yang diadakan di Kalalumpur,
01:51marakala skuad wanita kebangsaan masih belum pernah memenangi Piala Uber.
Comments

Recommended