00:00Umat Islam menunaikan solat di jalanan di luar kawasan Masjid Al-Aqsa pada Ahad bagi memperingati malam Al-Qadar.
00:07Ketika akses ke kawasan itu masih terhad, susulan konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran.
00:14Sekatan yang dikenakan di kawasan kompleks masjid berkenaan menyebabkan ramai jemaah Palestine terpaksa menunaikan solat di jalanan.
00:21Selesai itu berlaku ketika bulan Ramadan tempoh yang kebiasaannya menyaksikan puluhan ribu umat Islam Palestine berhimpun setiap malam dan pada
00:30hari Jumaat untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
00:37Sejak beberapa hari lalu, kawasan kompleks masjid berkenaan dilaporkan hampir kosong berikutan sekatan pergerakan serta larangan berkumpul dalam jumlah besar
00:46susulan konflik yang semakin memuncak.
00:48Konflik berkenaan menyaksikan Iran dan Israel saling melancarkan serangan sejak ketegangan tercetus pada 28 Februari lalu.
Comments