Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Kerajaan meneliti alternatif bekalan bahan api bagi memastikan keperluan tenaga negara kekal stabil jika konflik Asia Barat menjejaskan laluan perdagangan, sementara rakyat digesa menggunakan tenaga secara berhemah.
Transcript
00:00Sementara itu, kerajaan sedang meneliti beberapa alternatif bekalan bahan api sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku gangguan bekalan sesuai konflik yang
00:09berlarutan di Asia Barat.
00:11Fadilah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Aera Petra berkata, langkah itu termasuk mendapatkan sumber bekalan daripada negara lain
00:18bagi memastikan keperluan tenaga negara kekal stabil.
00:23Menurut beliau Petroleum National Berhad, Petronas telah mengenalpasti beberapa pilihan alternatif bagi memastikan bekalan gas dan minyak tidak terjejas sekiranya
00:33laluan perdagangan utama terganggu.
00:35So far kita boleh bertahan. Kita dari segi untuk gas dan apa, kita masih ada bekalan sehingga bulan 5. Tapi
00:45alternatif Petronas sudah pun dapat semua alternatif.
00:48Termasuklah bekalan kita, Alhamdulillah, kalau apa kebanyakannya daripada Australia dan sebagainya tidak sangat melalui.
00:55Walaupun ada yang melalui humus, tetapi kita juga melihat alternatif-alternatif yang lain.
01:03Sebab itu langkah untuk menggunakan tenaga secara berhemah, langkah untuk kita panjangkan reserve kita.
01:10Dalam pada itu, kerajaan turut menggesa rakyat mengamalkan penggunaan tenaga secara berhemah sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.
01:21Menurutnya, langkah penjimatan tenaga mampu membantu memanjangkan tempoh reserve bahan api negara sekiranya krisis berpanjangan.
01:29Pada masa sama, beliau memaklumkan kerajaan masih mematuhi komitmen ekspor tenaga sedia ada namun tidak menolak kemungkinan menilai semula langkah
01:39tersebut sekiranya keadaan menjadi lebih kritikal.
01:42Terima kasih.
Comments

Recommended