Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pakar hak asasi manusia PBB, Ben Saul menolak justifikasi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap perang ke atas Iran dan memberi amaran bahawa konflik tersebut boleh mencetuskan ketidakstabilan lebih besar di Asia Barat.
Transcript
00:00Seorang pakar pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB menolak justifikasi yang diberikan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
00:07berhubung perang terhadap Iran sambil memberi amaran konflik itu berisiko mencetuskan ketidakstabilan lebih besar di Asia Barat.
00:15Pakar bebas PBB mengenai promosi dan perlindungan hak asasi manusia serta kebebasan asas dalam memerangi keganasan Ben Sol berkata
00:24serangan awal untuk menghalang sesebuah negara memperolehi senjata nuklear tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.
01:16Menurut Sol, konflik yang tercetus berisiko membawa kepada ketidakstabilan lebih besar termasuk pemberontakan,
01:22perpecahan politik dalam Iran serta kesan limpahan kepada negara jiran melalui gelombang pelarian.
01:28Perang yang bermula dengan kempen pengeboman bersama Amerika Syarikat dan Israel pada penghujung Februari lalu
01:34setakat ini dilaporkan telah mengorbankan kira-kira 2,000 nyawa termasuk pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khomeini.
Comments

Recommended