00:00Dalam pada itu, langit Tel Aviv diterangi letupan sistem pertahanan udara pada malam Khamis apabila Israel memintas beberapa peluru berpandu
00:08yang dilancarkan Iran ketika konflik antara Republik Islam itu dengan gabungan Amerika Syarikat dan Israel terus memuncak.
00:16Serangan tersebut berlaku ketika perang yang tercetus hampir dua minggu lalu menyaksikan pertukaran serangan udara antara kedua-dua pihak.
00:24Konflik yang bermula dengan serangan udara bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran itu dilaporkan telah mengorbankan kira-kira
00:322,000 nyawa setakat ini
00:33selain mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran tenaga global serta gangguan terhadap sistem pengangkutan antarabangsa.
00:41Pegawai Amerika Syarikat dan Israel sebelum ini menyatakan bahawa operasi ketenteraan tersebut bertujuan menamatkan keupayaan tentera Iran di luar sempadan
00:50negara itu serta memusnahkan program nuklearnya.
00:54Terima kasih telah menonton!
Comments