Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Majlis Keselamatan PBB menyaksikan AS dan sekutu Barat bertembung dengan Rusia dan China mengenai Iran. AS mendakwa Iran enggan memberi akses kepada uranium diperkaya 60%, manakala Rusia dan China menuduh Washington sengaja mencetuskan histeria untuk menghalalkan tindakan ketenteraan. UK dan Perancis sokong pengaktifan semula sekatan.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan ketegangan geopolitik memuncak di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, apabila AS dan sekutu barat bertembung secara
00:10terbuka dengan Rusia dan China berhubung isu nuklear Iran, Duta AS ke PBB Mike Waltz menuduh Moskow dan Beijing cuba
00:19melindungi Iran dengan menghalang operasi jawatan kuasa sekatan tersebut.
00:25Dalam sesi yang dipengerusikan AS, Rusia dan China cuba namun gagal menghalang perbincangan mengenai jawatan kuasa 1737, sebuah badan PBB
00:34yang mengawasi dan menguatkuasakan sekatan terhadap Iran.
00:38Usul mereka ditolak dengan undian 11.2 manakala dua negara berkecuali. Menurut Waltz, semua negara anggota PBB sepatutnya melaksanakan embargo
00:46senjata terhadap Iran menghalang perdagangan teknologi peluru berpandu dan membekukan aset kewangan berkaitan.
00:54Waltz turut menegaskan bahawa sekatan yang ingin diaktifkan semula bukan sewenang-wenangnya tetapi diperincikan khusus untuk menangani ancaman program nuklear,
01:03peluru berpandu dan senjata konvensional Iran serta sokongan berterusan Tehran terhadap kumpulan pengganas.
01:09Belum dakwa Rusia dan China mahu melihat jawatan kuasa sekatan itu lumpuh kerana kedua-duanya ingin terus mengekalkan kerjasama pertahanan
01:16dengan Iran.
01:18Waltz turut memetik laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA bahawa Iran adalah satu-satunya negara tanpa senjata nuklear yang menghasilkan
01:27uranium diperkaya sehingga 60% dan enggan memberi akses kepada simpanan tersebut.
01:33Rusia menolak dawaan itu menuduh Amerika cuba mencetuskan konflik baru melalui dawaan tidak berasas, manakala China pula menuduh Washington sebagai
01:41pencetus krisis nuklear Iran dan menggunakan kekerasan sehingga merosakkan proses diplomatik.
01:46Brita dan Perancis bagaimanapun bersetuju sekatan perlu diaktifkan semula dengan Perancis mendakwa stok nuklear Iran cukup untuk 10 peranti nuklear.
Comments

Recommended