Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Bagaimana kegagalan memperoleh dua pertiga majoriti bagi pindaan RUU had tempoh 10 tahun jawatan PM mencerminkan dinamika dan fragmentasi politik semasa dalam Dewan Rakyat?
Transcript
00:28Assalamualaikum dan salam sejahtera.
00:30Di kalangan wakil rakyat yang hadir di Dewan Rakyat semalam ia gagal memperolehi sokongan 2 per 3 ahli parlimen di
00:39mana hanya 146 ahli parlimen sahaja yang menyokong sementara 32 ahli parlimen tidak hadir dan 44 ahli parlimen memilih untuk
00:50berkecuali.
00:51Bagi keputusan ini ia satu perkara yang amat mendukucitakan kerana ini merupakan satu langkah positif yang dilakukan oleh pihak kerajaan
01:02iaitu kerajaan perpaduan untuk memastikan reformasi institusi
01:06satu perkara yang amat besar untuk memberikan had 10 tahun ataupun 2 penggal kepada Perdana Menteri sebagai satu undang-undang
01:16tetapi ia tidak dapat diduluskan untuk sesi kali ini
01:21dan kerajaan bertekad akan membaca semula ataupun membentangkan semula rang undang-undang ini untuk sesi parlimen yang akan datang.
01:31Jadi apa kesannya dan apa impaknya kepada reformasi institusi begitu juga dari sudut real politik di kalangan pemain politik di
01:41negara kita bagi mereka yang berkecuali
01:44bagi mereka yang tidak hadir bagi mereka yang tidak mengundi tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar kerajaan gagal untuk mendapatkan
01:53undi 2 per 3 sebagai syarat untuk melakukan pindaan perlembagaan.
01:59Jadi Prof. Wong Chung Wat, Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat UNSDSN, Universiti Sunway dan juga Isyamuddin Bakar, Pengarah Eksekutif Ilham
02:08Center sudah pun bersedia.
02:10Selamat petang Prof dan juga Assalamualaikum Isyam, apa khabar?
02:13Baik, selamat datang.
02:15Salam Ramadan.
02:17Terima kasih Prof.
02:17Mungkin Prof nak mulakan analisis awal dengan kerajaan ataupun kerajaan mandani gagal untuk mendapatkan 2 per 3 di kalangan ahli
02:27dewan untuk memastikan rang undang-undang ini dapat diluluskan tetapi ia berlaku sebaliknya.
02:34Seperti apa yang dikatakan oleh Haji, ini memang ia satu reformasi institusi yang cukup baik.
02:42Rentas sungai boleh guna titik, naik bukit perlu fikirkan cerun.
02:48Tiada siapa tak boleh diganti, jangan sudah naik enggan turun.
02:54Malangnya, ia tak dapat dilepaskan kerana dua perkara.
02:59Pertama adalah perhitungan kepartian oleh parti pihak pembangkang.
03:04Dan kita tahu, kita nak ingatkan bahawa PAS dan Bersatu adalah pihak yang berada dalam kerajaan keluarga Malaysia yang bertanda
03:15tangani memorandum untuk transformasi dan kesabilan politik dengan Pakatan Harapan pada 13 September 2021
03:28yang menjanjikan 10 reformasi institusi.
03:34Salah satunya ialah hat kemat untuk PM.
03:39Yang kedua adalah kita dapati 8 orang backbencher kerajaan yang tidak menghadirkan diri.
03:48Ada yang mungkin sengaja nak malukan PMX.
03:53Ada yang mungkin ingin tunjuk kuasanya untuk memeras ugut lebih banyak patronage, naungan dan sebagainya.
04:05Tapi apa yang kita lihat di sini adalah satu keadaan perhitungan peribadi dan parti yang merugikan negara kita.
04:16Ya, Saudari Som, Cik Som, kalau kita lihat seimbang selalu antara dua reformasi institusi yang dipentangkan dalam sesi Parlimen kali
04:27ini
04:28iaitu RUU menghadkan pemerintahan Perdana Menteri kepada 10 tahun dan juga pemisahan kuasa antara peguam negara dan juga pendakwa raya.
04:38Jadi, dari atas ketas kita nampak walaupun perkara ini memang besar, memang penting dan menjadi satu kekuatan kepada
04:47terutamanya parti Pakatan Harapan yang sudah pun meletakkannya dalam buku jingga sebagai reformasi institusi.
04:54Tetapi apabila kita melihat seimbang selalu kekuatan yang ada pada Kerajaan Peraduan dan juga Kerajaan Perdana Menteri ke-10 ini
05:02sepatutnya ia tidak susah untuk mendapatkan dua per tiga kerana ahli parlimen mereka sudah melangkaui dua per tiga.
05:08Kalau kita tolak apa yang dikatakan oleh Prof tadi dari Bersatu dan juga PAS dan juga ahli parlimen bebas.
05:15Padahal Cik Som, apa yang menyebabkan gagal untuk mendapatkan 148 itu?
05:21Baik, saya melihat dalam perspektif menguruskan angka iaitu kita tahu bahawa dalam sidang parlimen,
05:32ataupun di peringkat legislatif. Angka dua per tiga itu sebenarnya sudah pun dimiliki oleh Kerajaan Peraduan sekarang.
05:39Cuma tidak diterjemahkan dalam undi semalam.
05:42Apa silapnya pada hemat saya sebenarnya ini ialah bergantung kepada apa yang dikatakan pengurusan
05:48mendapatkan angka ataupun mengunci head counting itu bagaimana angka itu perlu diterjemahkan
05:54semasa undian belah pagi yang dilakukan oleh speaker.
05:57Jadi perkara ini melibatkan bagaimana pasukan apa yang dikatakan backbencher
06:03ataupun kelab penyokong kerajaan dan juga WIP parti masing-masing
06:07sepatutnya mempunyai konsolidasi yang gitu untuk menerjemahkan pengikut masing-masing
06:13ataupun ahli parlimen masing-masing ketika belah pagi ataupun undian dilakukan oleh speaker.
06:18Jadi fokus saya di sini ialah bagaimana perkara ini tidak berlaku.
06:23Jadi mungkin ada bagi saya ada sedikit apa yang dikatakan memandang enteng
06:31atau memandang mudah kepada penglibatan ataupun keterlibatan setiap anggota parlimen
06:37mengikut angka blok masing-masing.
06:40Jadi kita tahu bahawa ini memberikan tafsiran bahawa walaupun fragmentasi itu di antara
06:46kerajaan dan juga pemangkang tetapi dengan kes ini dia boleh terjadi bahawa
06:50pecah belah politik ini terjadi di dalam blok kerajaan yang perlu diuruskan
06:55supaya perkara ini tidak diberikan tafsir meliar dan melulu oleh berbagai pihak berada di luar sana.
07:00Cik Chom kalau kita lihat angka semalam 8 ahli parlimen itu
07:04Bukit Gantang, Tapah, Sembrong, Keningau, Tenom, Libaran, Julau, Lawas.
07:09Ia bercampur ada daripada barisan nasional, ada daripada yang bebas,
07:14yang dari bersatu dahulu, ada di kalangan GPS dan juga PBM.
07:20Nampaknya solid di kalangan ahli PKR, DAP dan Amanah tetapi tidak solid di kalangan komponen BN
07:28dan juga komponen yang lain. Apa yang boleh kita baca?
07:31Saya boleh baca begini, iaitu ketidakselasan berhubung dengan persetujuan untuk meluluskan
07:39RUU yang ingin dibawa oleh kerajaan ini.
07:42Jadi alasan yang diberikan oleh Bukit Gantang misal contoh ialah
07:45beliau secara individu tidak bersetuju dengan pindaan begini.
07:49Jadi dan sebagai contoh Julau memaklumkan kepada media
07:53beliau tersangkut dalam kesesakan trafik.
07:57Apapun alasannya itu boleh dianggap sebagai excuse
08:00untuk mereka tidak mahu mengundi di dalam parlimen.
08:05Jadi sikap sebegini sepatutnya bagi saya ialah menunjukkan bahawa
08:09dalam ketika peradewan ataupun peringkat awal untuk mendapatkan persetujuan
08:14apa yang dikatakan peringkat perundingan untuk membawa usul ini
08:19perlu dimutamatkan angka itu sehingga kerajaan yakin dan benar-benar yakin
08:23bahawa apabila undang-undang ini dibentangkan dan perlukan undian
08:27angka itu sudah mencukupi dengan semua blok di dalam kerajaan untuk menyokong.
08:32Prof. Ching Huat, adakah housekeeping kerajaan perpaduan
08:36tidak kemas sebenarnya?
08:39Kalau mereka tidak dapat angka itu, mengapa mereka juga yakin
08:43untuk membentangkan untuk bacaan kedua dan melakukan undi belah bahagi semalam?
08:48Prof.
08:49Saya rasa itu kita perlu lihat daripada dua pihak.
08:52satu aspek ialah mungkin hanya boleh dijawab oleh ketua WIP kerajaan madani
08:59iaitu YB Fadila kerana ia mencabar kewibawaan beliau untuk memastikan
09:09ahli-ahli parlimen kerajaan mengundi.
09:13yang saya nak tekankan di sini, kalau ada orang mereka yang memang tak bersetuju
09:18mereka menyertai pendebatan dan menyatakan, menolakkan.
09:25Bagi saya, saya boleh terima.
09:27Kerana kita tak boleh kata anda semestinya bersetuju.
09:31Tetapi kalau mereka begitu penakut, begitu tidak bertanggungjawab
09:37tak berani ambil bahagian dalam debat kemudian hilangkan diri
09:42atas sebarang alasan itu sesuatu yang memalukan mereka
09:47dan mengkhianati pengundi mereka.
09:51Aspek kedua adalah sebenarnya kalau kita bandingkan rang undang-undang ini
09:56dengan rang undang-undang yang kedua yang dibentangkan hari ini
10:00tentang pemisahan peguam negara dan pendakwa raya
10:03ialah rang undang-undang had tempoh PM itu
10:10dilihat sebagai lebih senang untuk dilepaskan, untuk diluluskan
10:15berbanding dengan rang undang-undang pemisahan AGPP
10:20yang memang banyak bermasalah dan kerajaan bersetuju
10:24untuk dirujuk kepada sebuah jawatan kuasa pilihan khas parlimen sekarang.
10:31Jadi ada aspek yang berkaitan.
10:34Cik Chom, kalau kita lihat angka semalam apabila
10:38speaker mengumumkan 146 kurang 2 angka untuk mendapatkan 2 per 3
10:43dan juga speaker juga menyatakan 41 ahli parlimen kerajaan dan juga
10:48pembangkang sudah pun mengambil ruang di Dewan untuk berbahas
10:53dan juga berdebat tentang RUU ini.
10:55Dan apa yang dikatakan Prof Chin Huat, kebanyakan yang tidak hadir
10:598 ahli parlimen perpaduan itu, mereka tidak terlibat dalam
11:04perdebatan, mereka tidak menyatakan pandangan mereka secara terus
11:07di dalam Dewan. Sekali lagi, adakah ini sebenarnya
11:12ada lacking dikandang ahli parlimen kita untuk menyatakan
11:16pendirian mereka tentang perkara-perkara yang sepatutnya memberikan
11:20impak yang besar kepada negara iaitu reformasi institusi?
11:24Saya nak cuba melihat dalam satu perspektif lagi iaitu saya membuat
11:28perbandingan satu orang undang-undang yang ingin dibawa oleh kerajaan ini
11:32yang dilakukan binaan naratif awam. Sepertimana undi 18 dahulu.
11:38Sebenarnya undi 18 itu apa yang dikatakan kesedaran awam yang
11:43dibentuk awal sehingga dia memberikan tekanan secara tidak langsung
11:48kepada ahli parlimen itu untuk perkara ini dipersetujui di peringkat
11:53parlimen. Tetapi berbanding dengan saya jika buat perbandingan untuk
11:57RUU menghadkan tempoh ini, saya merasakan perkara ini tidak berlaku
12:02perdebatan ruang awam dalam tempoh dua bulan ataupun sebulan ini
12:06dengan lebih intensif. Menyebabkan apa yang berlaku, ahli parlimen ini
12:10tidak mendapat tekanan daripada apa yang dikatakan penyokong
12:15ataupun pengundi di dalam kawasan mereka masing-masing bahawa
12:18mereka perlu bertanggungjawab dan membawa suara mereka, suara pengundi
12:22mereka di dalam parlimen untuk diberikan kelulusan di peringkat
12:26parlimen. Jadi dengan ini sepatutnya saya melihat bahawa sepatutnya
12:31mereka rasa malu kerana satu orang undang-undang yang mengangkat
12:35informasi institusi ini, reformasi institusi ini sewajarnya menjadi
12:39hak seluruh pengundi yang memberikan mandat kepada mereka
12:43menjadi ahli parlimen.
12:44Cik Chom, dari perdebatan awam di sosial media yang kita ikuti
12:48sepanjang sebulan ini dan apabila berlaku tidak kelulusannya
12:51untuk mendapatkan mandat dua per tiga untuk melakukan pindaan itu
12:57di peringkat pelambagaan, data-data yang mungkin tidak faham
13:02mereka begitu gembira, mereka merasakan kerajaan PMX gagal
13:09kerajaan pemandani akhirnya kalau ada undi untuk undi tidak percaya kepada PM
13:17PM akan jatuh. Jadi bacaannya begitu kontradik daripada apa yang ingin
13:22dilihat dalam RUU pindahan perlembagaan tentang menghadkan 10 tahun
13:28permintaan Perdana Menteri itu. Jadi adakah advokasi awam
13:33yang kita lihat hari ini begitu cetik ataupun kegagalan institusi
13:39seperti kementerian ataupun di bawah portfolio Dato' Sri Azalina
13:44dan juga di kalangan media juga tidak memberikan liputan luas
13:50engagement tentang hal ini yang begitu besar pentingnya?
13:54Saya melihat advokasi awam tidak meluas saja, tidak meluas
13:59komunikasi strategi kerajaan juga tidak melembar luaskan maklumat ini
14:03dengan baik, sama ada dengan menggunakan sebarang media yang ada
14:07untuk memberikan kefahaman dan apa yang berlaku pada tanggapan Haji tadi
14:11sebahagian perdebatan di peringkat media sosial ini
14:15saya menganggap itu adalah naratif pemangkang. Maksudnya bagaimana
14:19naratif pemangkang itu menguasai apa yang dikatakan public sphere
14:23itu lebih dominant. Jadi ini adalah bagi saya perlu diberikan tanggungjawab
14:27dalam konteks komunikasi kerajaan untuk membawa dan juga menerangkan
14:31apa yang nak dibawa terutamanya dalam isu melibatkan rang undang-undang
14:35pindaan reformasi institusi ini. Dan ini adalah sebenarnya memberikan
14:39gambaran, tafsiran bahawa kerajaan seakan-akan tidak serius
14:43dan memandang enteng pada hemat saya dalam konteks mereka mengambil
14:47take for granted untuk semua pihak untuk menyokong dalam sebarang agenda reformasi.
14:52tetapi perkara ini perlu diuruskan dalam komunikasi awam dengan lebih baik.
15:10Prof. Ching Wat saya rasa libat urus di kalangan pemangkang taruh ini
15:15termasuk prof sendiri dan juga rakan-rakan masyarakat civil memang ada dilakukan oleh
15:22pejabat peguam negara dan juga bahagian hal awal undang-undang
15:25dan mereka juga melakukan lawatan sambil belajar melihat model-model di Australia,
15:32di Canada, di United Kingdom sendiri. Tetapi rata-rata yang kita dengar perdebatan
15:40di parlimen, terutamanya di kalangan ahli parlimen pemangkang, mereka ingin
15:44membawa naratif itu kepada mengheret fungsi majlis raja-raja di bawah perkara 1595,
15:53perkara 38-4 dan juga mekanisme-mekanisme yang sepatutnya eksekutif
16:00tidak boleh campur tentang pelantikan Perdana Menteri. Pandangan Prof.
16:04Ya, saya rasa apa yang pemangkang cuba mempertikaikan isu ini ialah mendakwa bahawa
16:14kuasa yang dipertuan agung telah pun terjejas. Sebenarnya tidak. Tapi dan kita
16:19menyaksikan bahawa pada akhirnya pemangkang sebenarnya tidak berani mengundi membangkang.
16:27mereka sekadar abstain. Dan itu menunjukkan mereka sebenarnya mengetahui diri
16:35naratif mereka itu tidak berasas. Dan kalau mereka perlukan pengingatan, mereka yang
16:41bersetuju untuk mengadakan had ini pada 2021 iaitu 5 tahun yang lepas sahaja.
16:49Jadi isu saya rasa apa yang menyulitkan naratif dan juga penglibatan orang awam ialah
16:59aku persaingan antara dua isu iaitu AGPP yang impaknya akan dirasakan serta-merta dan
17:07kebanyakan tenaga masyarakat sivil dan juga ahli-ahli parlimen ditujukan kepada isu itu.
17:15Apa yang saya rasa yang penting memandang ke depan ialah kita perlu
17:21menghidupkan semula reformasi institusi ini tetapi dalam paket yang lebih meluas
17:28iaitu bagaimana kita ingin mendisiplinkan politik kita. Kerana tanpa hak tempoh PM,
17:37bukan sahaja dia mungkin melahirkan penyalahkuasaan, penyalahgunaan kuasa ataupun
17:47rasuah menyebabkan kepimpinan yang lebih tua tetapi satu impaknya ialah
17:55sesiapa yang menjadi Perdana Menteri, dia sebenarnya tak ada rasa cemas yang dia perlu
18:01habiskan apa agendanya dalam masa yang terhad. Seolah-olah dia boleh
18:06memerintah sampai bila-bila dan untuk memastikan naratif yang lebih besar itu
18:14dapat disampaikan, kerajaan perlu tingkatkan dengan dalam paket itu iaitu
18:20parlimen berpenggau tetap iaitu kita kukuhkan lebih lagi supaya rakyat lihat
18:28kenapa kita perlukan hak tempoh Perdana Menteri ini ialah kestabilan politik
18:34supaya politik kita menjadi lebih mantap, lebih berpandangan panjang dan bukan
18:43kita bersifat spekulatif dan mengejar kepentingan politik dalam tempoh singkat.
18:53itu sesuatu yang kerajaan boleh rasakan dan saya rasa pengajaran daripada ini
18:58ialah fokuskan dalam satu institusi, reformasi institusi yang besar pada satu
19:05ketika, satu masa supaya tidak memecahkan perhatian orang awam dan juga ahli parlimen.
19:16Ya, Cik Chom, kalau kita lihat dari lapan ahli parlimen perpaduan itu tiga daripada
19:22barisan nasional, dari tapah, sembrung dan juga dari libaran dan juga ada beberapa
19:29ahli parlimen bebas dan juga ahli dari GPS. Dari aspek persepsi politik, betul apa
19:35Cik Chom katakan tadi, akan memberikan satu image yang tidak baik tentang kesatuan
19:39dalam kerajaan madani. Walaupun kita tahu kerajaan ini adalah persetujuan antara
19:45komponen-komponen politik, perikatan politik. Tetapi menuju keadaan PRU ke-16 dan
19:50pastinya segala image-image yang begitu tidak baik ini wajar diretakkan jauh.
19:56Tetapi dalam keadaan sekarang, bagaimana ketua WIP Parti, backbenchers untuk memberikan
20:02kekuatan ataupun memberikan keyakinan bahawa kerajaan ini boleh kekal sehinggalah
20:07dibubarkan dan terutamanya barisan nasional yang ada ora-ora akan bertanding
20:12lebih banyak kerusi dan sebagainya. Itu mungkin topik yang lain. Tetapi dari aspek
20:16kesatuan kerajaan madani ini.
20:19Ya, saya melihat kesatuan saya dah bentangkan tadi iaitu berlaku pengurusan
20:25fragmentasi politik di dalam kerajaan ataupun mereka yang menyokong kerajaan.
20:30Ini bukan sahaja di kalangan parti utama seperti mana Pakatan Harapan,
20:35Barisan Nasional. Tetapi juga terentas kepada blok yang menyokong antaranya
20:40ialah GPS, GRS, warisan dan juga yang bebas. Jadi angka daripada Pakatan Harapan
20:48nampak intact, nampak kukuh. Tetapi pada blok yang lain menyumbang kepada
20:54defisit dua undi yang mencukupkan dua per tiga. Jadi beban sebenarnya bagi saya
21:00akan ditafsir bahawa ini juga tidak berlaku ketidaksirusan
21:06daripada pihak Pakatan Harapan kerana gagal melepasi apa yang dikatakan titik
21:11bersejarah semalam. Sepatutnya hari ini merayakan satu reformasi institusi
21:16yang telah berjaya diangkat oleh Perdana Menteri dan juga parti
21:20Pakatan Harapan yang mengangkat tema ini. Jadi ketakutan saya melihat bahawa
21:25sekiranya sebab itu respon daripada DAP sebenarnya agak serius bahawa
21:30kegagalan semalam ini adalah signal penting yang perlu diberikan
21:35muhasabah bagi memulihkan sokongan semula. Rakyat, harapan rakyat itu
21:40masih lagi dibahu kerajaan sekarang ini untuk memikul sebarang
21:45pemaharuan reformasi institusi yang dibawa. Jadi dalam konteks ini
21:49saya melihat ruang masih ada, peluang masih ada dalam perbahasan ke depan
21:53yang tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama. Jadi persiapan yang
21:58hadapan itu lebih rapi disusun oleh pihak kerajaan bagi menghadapi
22:03pelah bagi undian di Parlimen nanti.
22:05Prof. Ching Wat, tentang kegagalan RUU menghadkan tempoh pemerintahan
22:11Perdana Menteri kepada 10 tahun ini penting betul tetapi episod ini
22:14berlalu untuk sesi kali ini. Tetapi untuk episod RUU Peguang Negara
22:20dan juga pendakwa raya dan memerlukan juga pindahan undang-undang
22:25dan juga sokongan 2 per 3 di kalangan ahli dewan. Sekali lagi apabila
22:30dibentangkan pagi tadi oleh Dato' Sri Azalina akan dirujuk kepada
22:34select komiti khas berkaitan hal ini. Tetapi yang lain bagaimana juga
22:41ia perlu jalan sekali pengajaran daripada kegagalan semalam?
22:45Ya saya rasa yang sekarang pendekatan untuk dirujukkan
22:51undang-undang pasal pemisahan AGPP itu kepada sebuah jawatan kuasa
22:57pilihan khas Parlimen adalah sesuatu yang bijak dan kita harap ini
23:02akan membuka pintu untuk meneliti pelbagai pandangan kerana apa yang
23:09kita hendak daripada sebuah pejabat baru pendakwa raya yang
23:15berpisah daripada Peguang Negara itu bukan semata-mata pejabat baru
23:20jawatan baru tetapi ia sesuatu yang boleh bertanggungjawab kepada
23:25Parlimen. Itu yang sangat penting kita tidak ingin tidak ingin pengaruh
23:31eksekutif di peringkat awal dan juga kita tidak ingin melihat
23:36institusi raja diheret ke dalam arena politik sampai raja-raja
23:42nanti disalahkan jika pendakwa raya baru itu bertindak bertingkat laku
23:51yang tidak memuaskan rakyat.
23:53Cik Som, dalam reformasi institusi sentiasa dilahunkan sebelum inilah
23:58sebelum tertubuhnya kerajaan badani. Ini antara orang kata pun
24:03selling point yang kuat untuk Pakatan Harapan setiap kali mereka
24:07memasuk gelanggang politik. Dan apabila dua perkara ini
24:12dibentangkan seolah-olah ia akhirnya dapat dijelmakan dan wajar
24:16diangkat sebagai satu kekuatan menuju ke pelbagai akan datang.
24:20Tetapi bagi parti-parti pembangkang ataupun parti-parti yang
24:24selama ini tidak melihat ini penting hanya pada perkara-perkara
24:28hal pembangunan negara dan sebagainya seperti Barisan Nasional
24:31ataupun parti PAS dan juga Bersatu. Sekali lagi dalam hal
24:36rang undang-undang memisahkan kuasa peguam negara dan juga
24:41pendakwa raya. Jadi kalau mereka sudah ada cita-cita mereka pernah
24:46ada pengalaman sebagai kerajaan. Jadi sekali lagi adakah ini juga
24:50rang undang-undang akan mudah ditolak oleh terutamanya di kalangan
24:54pembangkang kerana pada mereka kuasa Perdana Menteri itu perlu
24:58dipelihara berbanding apa yang diusulkan oleh Kak Jan Madani pada
25:03ketika ini. Pada pandangan saya berhubung dengan sikap pembangkang
25:07ini bagi saya agak mengecewakan kerana bagi saya reformasi
25:11institusi ini bukan milik Pakatan Harapan. Tetapi ini adalah
25:15perubahan yang penting bagi perlembagaan negara, bagi proses
25:20demokrasi negara. Jika kita buat perbandingan negara jiran
25:23sekalipun antara kita dengan Indonesia, antara kita dengan Thailand
25:26dengan pembaharuan reformasi institusi ini mengangkat tema
25:30demokrasi yang lebih baik kepada rakyat mereka. Jadi malangnya
25:35apabila bagi saya kalau hujah itu kuat saya tidak kisah
25:39tetapi hujah yang dipilih adalah bagi saya terlalu dangkal untuk
25:43dijadikan asas dalam perdebatan sama ada dalam parlimen maupun
25:47ketika dalam ruang awam. Hanya memainkan sentimen semata-mata dan
25:51memancing emosi rakyat tetapi hakikatnya merujuk kepada
25:55falsafah reformasi institusi itu perlu difahami oleh rakyat
25:58jelata bahawa dengan menghadkan kuasa pendana menteri, pendanaan
26:03politik selepas ini dan juga membuat pengasingan di antara
26:07dua puasa itu adalah benda asas yang perlu dilakukan
26:11pemaharuan di dalam proses demokrasi negara. Jadi malangnya
26:15sepatutnya dalam konteks ini pembangkang perlu melihat
26:18seperti mana undi 18 boleh dilakukan inilah juga proses yang
26:21sama iaitu untuk mengangkat pembaharuan reformasi institusi
26:26yang lebih baik dalam masa depan negara. Terima kasih
26:29semuanya bakar pengarah Ezekutif Ilham Center dan juga Prof. Wong
26:33Chin Huat Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN
26:37Universiti Sunway. Jadi itu sahaja kita berbicara tentang bagaimana
26:41kerajaan gagal untuk mendapatkan kelulusan ataupun undi
26:45dua per tiga di parlimen tetapi kerajaan bertekan untuk membentangkan
26:49lagi untuk sesi yang akan datang dan selepas ini bagaimana
26:52perdebatan tentang pemisahan kuasa antara peguam negara dan juga
26:57pendakwa raya. Jadi itu sahaja sekian. Assalamualaikum.
27:00yang terima kasih.
27:04Terima kasih.
Comments

Recommended