Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Hungary dan Slovakia menggantung eksport diesel ke Ukraine selepas transit minyak mentah melalui saluran paip Druzhba dihentikan sejak 27 Januari. Kedua-dua negara mengutamakan bekalan domestik dan mendakwa Ukraine sengaja melengah-lengahkan pemulihan aliran minyak.
Transcript
00:00Hungary dan Slovakia menghentikan ekspor diesel ke Ukraine berkuat-kuasa serta-merta pada Rabu.
00:06Menteri Luar dan Perdagangan Hungary berkata negaranya tidak akan meneruskan penghantaran diesel ke Ukraine sehingga aliran minyak mentah ke Budapest
00:15dipulihkan sepenuhnya.
00:17Beliau menjelaskan transik minyak mentah melalui saluran pai itu terhenti sejak 27 Januari lalu menyebabkan risiko kepada bekalan domestik.
00:26Menurutnya Hungary tidak boleh diminta menjamin keselamatan tenaga negara lain sedangkan bekalan negara itu sendiri terjejas.
00:34Pada masa sama Perdana Menteri Slovakia Robert Fiko mengumumkan kilang penapis Slovnav di Bratislava turut menghentikan ekspor diesel ke Ukraine
00:43dan semua pengeluaran kini diutamakan untuk keperluan dalam negara.
00:48Fiko turut memberi amaran bahawa Slovakia mungkin memutuskan bekalan elektrik ke Ukraine sekiranya Kiev terus menggagalkan pemulihan operasi saluran pipe
00:57itu.
00:58Sebelum ini Menteri Luar Ukraine Andri Shibiha mendakwa saluran pipe Druzba terhenti selepas diserang Rusia sekaligus menyebabkan gangguan bekalan ke
01:07Hungary dan Slovakia.
01:09Namun Budapest dan Bratislava mendakwa Ukraine sengaja melengah-lengahkan penyambungan semula aliran minyak sebagai tekanan politik berhubung bantahan mereka terhadap
01:19kemasukan Ukraine ke Kesatuan Eropah.
01:22Kedua-dua negara itu kini meminta kebenaran Croatia untuk membenarkan minyak Rusia yang dibawa melalui laut transit masuk ke Eropah.
01:30Pada Rabu, Kerajaan Slovakia turut mengisytiharkan darurat bekalan minyak dan membenarkan pelepasan sehingga 250,000 tan minyak daripada simpanan negara
01:39untuk kegunaan Slovnav sebagai langkah menampung gangguan penghantaran.
Comments

Recommended